Wanita terkejut runner di Kelantan caj RM50 servis hantar makanan, alasannya buat ramai marah

Photo of author

By Syima Iza

Wanita terkejut runner di Kelantan caj RM50 servis hantar makanan, alasannya buat ramai marah.

Seorang pelanggan terkejut apabila dikenakan caj RM50 untuk servis penghantaran makanan oleh seorang penghantar.

Menerusi perkongsian pelanggan tersebut di Facebook baru-baru ini, dia meminta pendapat orang ramai adakah relevan dikenakan caj semahal itu untuk jarak pembelian kurang dari lapan kilometer (km).

Wanita terkejut runner di Kelantan caj RM50 servis hantar makanan, alasannya buat ramai marah
Gambar hiasan

Katanya, dia mendapatkan khidmat seorang penghantar untuk membantu membelikan makanan di Kota Bharu, Kelantan untuk dihantar kepada ibunya yang berada di rumah di Kubang Kerian, Kelantan.

Menurut wanita yang dikenali sebagai Mardhiah itu, dia memesan nasi berlauk berharga RM7.50, namun caj servis dikenakan tujuh kali ganda dari harga makanan.

“Assalamualaikum, boleh ke nak tanya sedikit, kebetulan hari ini umi saya tak sihat, dia minta tolong saya carikan ‘runner’ pergi beli nasi dekat sekitar Sri Mutiara.

“Nak dijadikan cerita, saya mesej seorang ‘runner’ untuk minta tolong, saya agak terkejut tengok dia caj untuk beli nasi dan hantar pada umi saya.

“Untuk pengetahuan dia dari Kota Bharu hantar ke umi saya dekat Kubang Kerian dengan jarak kurang 8km. Memang begitu ke standard harga ‘runner’ caj?,” soalnya.

Melihat kepada perbualan WhatsApp di antara wanita itu dengan penghantar terbabit yang dikongsikan di Facebook, antara sebab caj penghantaran menjadi mahal adalah kerana faktor cuaca dan memerlukan individu tersebut menunggu lama sehingga hujan berhenti.

“Nasi berlauk RM7.50, caj ‘runner’ musim-musim hujan lebat RM50. Kesemuanya RM57.

“Musim-musim hujan ini saya caj mahal sedikit dari biasa sebab skop kerja, kalau hari biasa hantar jarak 10km ke bawah harga RM15 sahaja,” balas penghantar terbabit.

Bagaimanapun, menjengah ke ruangan komen, ramai yang menganggap caj tersebut terlalu tinggi untuk jarak 8km.

“Memang kena ‘ketuk’ harga itu dengan runner. Kalau asal RM15, paling-paling mahal sebab situasi hujan ke apa, dia akan naik tak lebih RM25. Kalau sampai RM50 caj penghantaran memang melampau,” kata Shahrul.

“Dia hantar naik motor macam hantar naik kapal terbang harga caj mahal sungguh,” perli Adibah.

“Kasi viral dia ini, biar dia tahu langit tinggi rendah nak kenakan pelanggan macam itu,” komen Marsha.

Baca lagi:
Mayat bayi berbalut tuala ditemui dalam tong sanitasi bersama nota ‘minta maaf’
“Macam nak telan dia tengok” – Pemuda terpegun lihat kecantikkan Elisya Sandha raih perhatian ramai
2 hari lambai minta tolong, remaja jatuh jambatan Pulau Pinang kerana tertekan dua kali gagal ujian memandu