Wanita terkejut jumpa guru yang mengajarnya dulu di sekolah hidup merempat jadi gelandangan di stesen kereta api

Photo of author

By Syima Iza

Wanita terkejut jumpa guru yang mengajarnya dulu di sekolah hidup merempat jadi gelandangan di stesen kereta api.

Begitulah realiti yang dihadapi oleh seorang bekas guru di wilayah Kerala, Selatan India apabila beliau telah ditinggalkan oleh suami dan anaknya kira-kira enam tahun lalu sebelum akhirnya ditemui.

Suatu ketika dahulu, beliau merupakan seorang guru yang begitu dihormati oleh masyarakat, namun kini wanita itu hanya mampu merempat tanpa rumah, hidup seperti seorang gelandangan yang terbiar.


Wanita terkejut jumpa guru yang mengajarnya dulu di sekolah hidup merempat jadi gelandangan di stesen kereta api

“Ketika di stesen berkenaan, saya terpandang seorang wanita tua berpakaian kotor dan lusuh sedang memegang beg plastik, lalu saya terfikir untuk mengekorinya,” kata seorang kakitangan kerajaan yang dikenali sebagai Vidya.

Beliau menemui guru tersebut yang merempat di stesen kereta api Thampanoor pada 5 November lalu ketika sedang menunggu seorang rakan.

“Wanita tua itu juga dilihat memetik buah-buahan dari pokok berhampiran lalu memakannya,” katanya memetik portal berita Times of India.

Daripada perbualannya, Vidya merasakan wanita itu seorang yang berpendidikan tinggi. Setelah mengajukan beberapa soalan, dia mendapati wanita tersebut merupakan seorang bekas guru Matematik.

Vidya kemudian bertanya sama ada wanita tua itu lapar. Biarpun pertanyaannya tidak dijawab, dia cuba memujuk dengan membelikan makanan untuk mengajaknya berbual.

Vidya kemudian berkongsi kisah tersebut menerusi laman Facebook dan turut menyertakan nama sekolah tempat wanita itu pernah berkhidmat, iaitu Sekolah Malappuram. Dalam masa yang singkat, ramai bekas murid mula mengenali guru mereka yang dipanggil “Teacher Valsa” dan yang pernah mengajar mereka subjek Matematik.


Wanita terkejut jumpa guru yang mengajarnya dulu di sekolah hidup merempat jadi gelandangan di stesen kereta api

Sementara itu, laporan polis dibuat berhubung kes pengabaian keluarga. Pihak polis akhirnya berjaya mengesan adik perempuan Valsa, namun kini masih mencari suami dan anak lelakinya.

Ramai bekas muridnya yang merasa terkesan dengan kesusahan hidup guru mereka sekarang dan ingin membantu, namun sebagai seorang yang bermaruah, Valsa menolak bantuan tersebut dan menyatakan bahawa dia hanya akan tinggal bersama anak dan suaminya.

Meskipun sikap prihatin bekas anak muridnya patut dipuji, namun realiti seorang bekas guru yang sudah tua ini diabaikan oleh keluarganya sendiri adalah amat menyayat hati. Jasa guru harus dikenang kerana tanpa mereka, kita tidak mungkin pandai membaca dan menjadi manusia berguna.

Seorang guru memainkan peranan yang sangat besar dalam membentuk peribadi ramai manusia. Namun, patutkah dia diabaikan tanpa belas kasihan oleh darah dagingnya sendiri? Pada masa yang sama, kita tidak boleh melupakan tanggungjawab terhadap ibu bapa dan pasangan kerana setinggi mana pun pendidikan, ia tiada gunanya jika tiada sahsiah diri.

Baca Juga:
Datuk 73 tahun kayuh basikal 200 kilometer untuk jumpa cucu dapat simpati orang ramai
Ini 7 tanda perubahan pada kuku petunjuk awal anda berpenyakit
Kisah Professor Matematik peluk Islam selepas baca Al-Quran