Wanita terkejut caj air kosong sampai RM5, pihak restoran di Pantai Cenang minta maaf

Photo of author

By Syima Iza

Wanita terkejut caj air kosong sampai RM5, pihak restoran di Pantai Cenang minta maaf.

Pada hari semalam tular satu gambar resit menunjukkan air kosong berharga RM5 di sebuah restoran terletak di Pantai Cenang, Langkawi.

Sehubungan dengan itu, pihak restoran tersebut tampil memohon maaf di Facebook Langkawi Hari Ini dan meminta pelanggan berkenaan menghubungi mereka untuk memulangkan nilai berlebihan dibayarnya.

Wanita terkejut caj air kosong sampai RM5,  pihak restoran di Pantai Cenang minta maaf

Menurut pihak restoran itu, kesilapan itu berlaku apabila staf yang bertugas pada waktu itu tersilap masukkan nombor kod air kosong.

“Staf kita tersilap masuk nombor kod (1111) Nescafe dan lupa tukar harga asal – nombor kod (CA07) air kosong (System Error).

“Untuk sarapan pagi, kita baru bermula pada tempoh cuti sekolah ini dan banyak juga pekerja kita masih baharu. Kita mohon maaf atas kesilapan ini, sistem masih baharu untuk pekerja baharu sebab itu boleh tersalah key in.

“Kita akan pastikan perkara ini tidak akan berulang lagi,” petik hantaran permohonan maaf itu.

Tambah pihak restoran itu lagi, caj air kosong masih kekal RM1 sejak tahun 2015 lagi.

Terdahulu, seorang wanita berkongsi resit yang menunjukkan harga makan sarapan di sebuah restoran di Pantai Cenang.

Apa yang mengejutkan wanita itu apabila mendapati air kosong dikenakan caj sebanyak RM5.

Ramai kurang senang dengan caj harga tersebut, bahkan ada menyindir oleh kerana caj keterlaluan itulah menyebabkan ramai orang Malaysia pilih keluar bercuti di negara jiran Thailand.

Baca juga:
Selepas tular sotong manis dijual harga RM50, pemilik restoran tampil beri penjelasan
Wanita terkejut runner di Kelantan caj RM50 servis hantar makanan, alasannya buat ramai marah
Peniaga makanan laut tular jual makanan terlalu mahal dikompaun RM1,500