Wanita terkejut bekas suami longgok duit 1 sen berjumlah RM20,544 di depan rumah

Wanita terkejut bekas suami longgok duit 1 sen berjumlah RM20,544 di depan rumah

Wanita terkejut bekas suami longgok duit 1 sen berjumlah RM20,544 di depan rumah. Pemberian nafkah anak bagi pasangan yang suami isteri yang berpisah memang menjadi isu di seluruh dunia. Tak kiralah di negara mana sekalipun, tanggungjawab menunaikan nafkah anak ini memang menjadi konflik yang tidak berkesudahan.

Longgok Duit Syiling 1 Sen

Atas dasar bertindak dengan penuh emosi, seorang lelaki di Amerika Syarikat melonggokkan berpuluh-puluh ribu duit syiling satu sen bernilai AS$5,000 (RM20,544) di hadapan rumah bekas isterinya sebagai bayaran nafkah penjagaan anaknya, lapor akhbar Metro UK kelmarin.

Wanita terkejut bekas suami longgok duit 1 sen berjumlah RM20,544 di depan rumah

Tindakan melulu lelaki itu bagaimanapun dibalas dengan kebaikan apabila bekas isteri dan anaknya mendermakan wang itu kepada pusat bantuan keganasan rumah tangga.

Anaknya, Avery Sanford berkata, ketika kejadian, bapanya tiba di hadapan rumah dengan menaiki kenderaan utiliti sukan (SUV).

“DIA BERHENTI DAN MEMUSINGKAN SUV ITU KE ARAH BELAKANG DAN MELONGGOKKAN DUIT SYILING DI ATAS JALAN.

“Ibu saya menyaksikan kejadian tersebut dan bertanyakan kepada bapa saya tentang tindakannya.

“Dia kemudian memberitahu bahawa wang itu adalah untuk nafkah perbelanjaan kami yang terakhir,” ujar Avery.

Kumpul Guna Penyodok

Dia berkata, ibunya kemudiannya mengumpulkan duit syiling tersebut menggunakan sebatang penyodok.

“Dia bukan sahaja memalukan ibu, malah saya dan kakak saya. Amat menyedihkan kerana dia tidak berfikir dahulu sebelum bertindak ,” kata Avery.

Dalam pada itu, lelaki tersebut dalam satu temu bual bersama stesen televisyen WTVR berkata, dia mengaku melakukan perbuatan itu kerana didorong oleh kekecewaannya selama 18 tahun.

Bagaimanapun, dia mengaku tidak bermaksud untuk merosakkan hubungan dengan anaknya meskipun dipengaruhi dengan emosi ketika melakukan perbuatan itu.

Baca Lagi:
Duit aku dan suami selalu hilang, disangka ‘toyol’ yang curi rupa-rupanya…
Bekas suami dipuji tetap beri RM1000 sebulan, siap bagi 20 peratus bonus untuk bekas isteri
Kalau jumpa duit syiling 1 sen jangan buang! boleh dijual dengan harga RM10,000
CATEGORIES