Wanita terkejut baru 3 hari kerja, bos ajak kahwin siap beri 3 buah rumah dan tanah

Photo of author

By Syima Iza

Wanita terkejut baru 3 hari kerja, bos ajak kahwin siap beri 3 buah rumah dan tanah.

Baru bekerja selama tiga hari, seorang wanita terkejut apabila diajak berkahwin oleh majikannya sendiri, seperti yang dilaporkan oleh akhbar Tribunnews semalam.

Lebih mengejutkan, wanita yang bernama Sarah itu diajak berkahwin hanya selepas tiga hari bekerja.

Wanita terkejut baru 3 hari kerja, bos ajak kahwin siap beri 3 buah rumah dan tanah

“Majikan saya kini adalah suami saya. Saya bekerja di rumahnya, dan pada hari ketiga bekerja, saya telah berkahwin,” kata Sarah. Pada mulanya, Sarah datang ke Arab Saudi sebagai pekerja asing, namun sebenarnya dia enggan bekerja kerana merasa malas.

Oleh itu, Sarah berdoa agar dipertemukan jodoh dengan segera, dan doanya dikabulkan. Menurut Sarah, majikannya merupakan seorang yang baik walaupun sudah berumur dan mempunyai isteri lain semasa mereka berkahwin.

Kini, Sarah dan suaminya hidup bahagia dan telah membina rumah tangga selama lapan tahun.

Suaminya juga telah membelikan Sarah sebuah kereta, tiga buah rumah, serta tanah. Sarah kini menjadi satu-satunya isteri lelaki tersebut selepas suaminya menceraikan isteri pertamanya.

Baca Juga:
Ini sebab kenapa banyak kediaman bertingkat di Malaysia tiada balkoni
Wanita kena ‘usik’ ketika ambil wuduk di masjid kampung, rupanya dibelakang ada tanah perkuburan
Lelaki cipta menu mi segera guna capati basi