Wanita terkejut baki wang dalam akaun Maybank melebihi RM400 juta

Wanita terkejut baki wang dalam akaun Maybank melebihi RM400 juta

Wanita terkejut baki wang dalam akaun Maybank melebihi RM400 juta.

Seorang pelanggan institusi perbankan, Maybank terkejut apabila mendapati akaun simpanannya mempunyai lebih RM400 juta.

Memetik laporan The Straits Times, Pengarah dan Pengasas bersama Forum HR Malaysia, Hafidzah Abdullah berkata, mustahil untuk dia menjadi jutawan dalam sekelip mata.

Wanita terkejut baki wang dalam akaun Maybank melebihi RM400 juta

Menurutnya, dia bahkan tidak menjangkakan bakal menempuh jalan berliku dalam proses melaporkan masalah berkenaan dan mendapatkan semula akses kepada akaunnya.

“Saya menghargai pengalaman anda (Maybank) berikan sebagai satu momen yang sukar untuk dilupakan, tetapi saya rasa masalah ini agak keterlaluan.
“Anda fikir saya dapat loteri, bukan? Tidak sebenarnya, ia merupakan glitch (gangguan),” katanya menerusi satu hantaran di aplikasi LinkedIn pada Rabu.

Susulan daripada itu, dia berkata, institusi perbankan tersebut telah menyekat akaunnya tanpa memberi sebarang permakluman melalui mesej atau panggilan telefon.

Tambah Hafidzah, dia terpaksa pergi ke cawangan Maybank terdekat untuk menyahsekat akaun yang bukan berpunca daripada kesilapannya.

“Orang berkata wang tidak boleh membeli kebahagiaan, tetapi Maybank tahu cara untuk ‘membeli kekecewaan’,” ujarnya.

Dalam pada itu, wanita berkenaan turut berkongsi kisah bahawa dia terpaksa berhadapan dengan kesulitan selama tiga hari disebabkan masalah terbabit.

“Gangguan Maybank semasa tempoh pembayaran gaji diumpamakannya sebagai komedi kesilapan yang tidak kelakar.
“Akaun peribadi saya disekat, akaun syarikat tidak boleh digunakan dan melawat Maybank telah menjadi sebagai sebahagian daripada rutin senaman harian saya,” ujarnya.

Menerusi hantaran berkenaan, Naib Presiden Eksekutif Maybank, Shaikh Munir Ahmad turut meninggalkan komentar yang meminta Hafidzah memberikan nombor telefon untuk tindakan lanjut.

Beliau memaklumkan, pihaknya akan membantu Hafidzah untuk memeriksa dan menyelesaikan gangguan yang dihadapi itu.

Terbaharu, Maybank memberitahu bahawa masalah berkenaan telah berjaya diselesaikan pada Jumaat.

Baca Lagi:
Lelaki maut kaki digilis tren di landasan LRT Stesen Dato’ Keramat
‘Kampung 1,000 kubur’ setiap yang meninggal di kampung ini akan dikuburkan di belakang atau di depan rumah
“Bukan cakap kosong, sudah ada perbincangan dalaman” – Ahli Majlis Tertinggi Bersatu dakwa lebih 10 MP kerajaan bakal sokong PN
CATEGORIES