Wanita terkejut 24 biji telur bertukar jadi separuh masak lepas tertinggal dalam kereta

Wanita terkejut 24 biji telur bertukar jadi separuh masak lepas tertinggal dalam kereta

Wanita terkejut 24 biji telur bertukar jadi separuh masak lepas tertinggal dalam kereta.

Seorang wanita berkongsi detik-detik melucukan apabila telur mentah yang dibeli, bertukar menjadi separuh masak selepas ditinggalkan di dalam kereta sejak malam sehingga 1 tengah hari keesokannya.

Malah menerusi ruangan komen di TikTok Nanie, dia memaklumkan, semua telur berjumlah 24 biji itu menerima ‘nasib’ yang sama.

Wanita terkejut 24 biji telur bertukar jadi separuh masak lepas tertinggal dalam kereta

“Bila telur tertinggal dalam kereta dari malam sampai 1 tengah hari. Habis telur jadi separuh masak,” katanya.

Perkongsiannya itu mengundang pelbagai reaksi orang ramai yang turut terhibur.

“Saya pun pernah kena macam ni. Cuaca panas tertinggal telur dalam kereta malam baru teringat. Bila nak goreng semua dah jadi separuh masak,” kata Ida Nora.

@nanie_azman habis telur jadi separuh masak😭😭 #fypシ #fail #failcooking #halfboiledeggs ♬ Laughing Funny – John Marindri

“Tak payah susah-susah nak rebus sis, tinggal letak kicap dan lada sulah saja tu terus masuk mulut,” usik Ekinhelmi91.

“Saya kena 30 biji, jenuh nak makan,” kongsi Noorzaihan.

Baca Lagi:
Ramai yang tak tahu maksud sebenar 2 warna pelintas jalan kaki putih & kuning
Netizen masih tak puas hati dengan Syamimia, patung dewa David pula jadi perhatian ramai
“Rupanya Itachi berasal dari Malaysia”- Lelaki makan ditemani burung gagak di kedai mamak raih perhatian
CATEGORIES