Wanita terakam kaki manusia terjuntai di tepi tingkap jadi tanda tanya

Wanita terakam kaki manusia terjuntai di tepi tingkap jadi tanda tanya

Sebuah video tular di laman media sosial mencetuskan perdebatan dalam kalangan netizen kerana memaparkan objek misteri yang kelihatan seperti kaki manusia tergantung di tepi tingkap.

Menurut laporan laman berita Dream.co, video tersebut dirakam oleh seorang wanita dari Davao, Filipina yang hanya dikenali sebagai Rinka.

Menurut Rinka, dia pada awalnya sekadar merakam keadaan sekitar jalan raya ketika sedang bersiar-siar bersama beberapa rakannya pada waktu malam.

Wanita terakam kaki manusia terjuntai di tepi tingkap jadi tanda tanya

Namun tanpa disengajakan, dia merakam pemandangan yang kelihatan seperti lima pasang kaki manusia tergantung di tepi tingkap sebuah bangunan.

“Menakutkan,” katanya dalam keterangan video di platform TikTok itu.

Video tersebut menjadi tular dan menerima pelbagai reaksi daripada netizen dengan ada yang menjelaskan bahawa ia adalah kain langsir, selain ada yang berpendapat objek itu adalah kaki patung.

“Itu adalah langsir yang diikat di bahagian bawah. Kain langsir itu singkat dan ada beberapa helai,” kata seorang netizen.

“Ya, memang kelihatan seperti kaki tetapi kaki patung sahaja,” kata seorang pengguna media sosial lain.

Baca Juga:
Mekanik cipta kereta sorong terpantas di dunia
Tapak tangan misteri muncul di cermin solek – ‘Netizen menggigil selepas tonton video’
Faisal Halim buat ‘kejutan’ datang ke bilik persalinan cetus emosi, inspirasi luar biasa pemain Selangor
CATEGORIES