Wanita tak tahan kena kacau dengan hantu di rumah sewa, bebel pasal masalah hidup, hantu terus hilang

Photo of author

By Syima Iza

Wanita tak tahan kena kacau dengan hantu di rumah sewa, bebel pasal masalah hidup, hantu terus hilang.

BERDEPAN gangguan makhluk halus merupakan perkara yang paling menyeramkan apabila kita bersendirian di rumah.

Tatkala berdepan gangguan ini, mangsa biasanya akan mula membaca ayat suci al-Quran sebagai pendinding dan pelindung diri.

Wanita tak tahan kena kacau dengan hantu di rumah sewa, bebel pasal masalah hidup, hantu terus hilang
Gambar hiasan

Namun jika ia semakin teruk dan berlarutan, mangsa juga akan mendapatkan bantuan ustaz atau perawat untuk menghentikan gangguan.

Namun di TikTok, seorang gadis dikenali sebagai Ica tular selepas dia berkongsi kisah lucu mengenai gangguan makhluk halus di rumahnya.

Kata gadis itu, gangguan berkenaan bagaimanapun lesap selepas dia menangis kerana tidak mampu untuk ‘melayan’ kehadiran makhluk berkenaan.

“Pernah kena masa sewa rumah dekat Cheras. Malam tu balik kerja, penat gila. Lepas tu baring dengan tak mandi, tak buka tudung lagi.

Akhirnya aku yang menangis sambil membebel masalah hidup… terus benda tu tak kacau dah.

ICA

“Kemudian dengar ‘dia’ mula menangis, lama juga. Lepas tu aku pun cakap penat. Aku kata kau (makhluk halus) senanglah, nangis je tak fikir kerja, bayar sewa, makan lagi.

“Akhirnya aku yang menangis sambil membebel masalah hidup. Terus benda tu tak kacau dah. Mungkin sebab kehidupan aku lebih sedih berbanding kehidupan hantu,” tulis wanita itu.

Sementara itu beberapa netizen lain turut berkongsi kisah mereka yang berjaya menghentikan gangguan makhluk halus dengan cara sama.

Baca Juga:
Proton Wira jadi ‘King’ baharu, selamba redah banjir di Kelantan buat netizen kagum
Rakyat Malaysia berebut nak pergi UK jadi tukang batu, gaji ditawar RM900 sehari
Lelaki dipecat kerana tertidur sejam ditempat kerja dapat pampasan RM215,000