Wanita tak sedar ‘Berjiran’ dengan Highland Towers selama setahun

Photo of author

By Syima Iza

Wanita tak sedar ‘Berjiran’ dengan Highland Towers selama setahun.

“Dah setahun duduk sini baru tahu berjiran dengan Highland Towers.”

Itulah perkongsian seorang wanita yang mendedahkan dia baru sahaja menyedari bahawa tempat tinggalnya kini berada berhampiran dengan dua blok bekas penempatan tersebut.

Wanita tak sedar 'Berjiran' dengan Highland Towers selama setahun

31 tahun lalu, iaitu pada 11 Disember 1993, negara dikejutkan dengan tragedi runtuhan yang melibatkan salah satu daripada tiga blok kondominium Highland Towers yang menyebabkan 48 nyawa terkorban.

MissAmyProperty melalui TikTok berkata, sebelum ini dia sudah mengetahui kawasan tersebut merupakan kawasan rumah terbengkalai tetapi tidak tahu bahawa ia adalah Highland Towers.

“Tahu ada rumah terbengkalai tapi tak tahu pula itu adalah (Highland Towers),” tulisnya ringkas dalam kapsyen.

Pendedahan wanita tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada orang ramai yang turut mengikuti kisah tragis runtuhan berkenaan.

“Arwah adik suka sangat kisah Highland Towers ni. Siap suruh bawak dia ke sana,” ujar @NurulAzman.

“Tolong, nak pemandangan suasana malam,” pinta seorang pengguna lain.

“Tak boleh tengok Highland Towers sebab rakan baik ayah saya salah seorang daripada mangsa, al-Fatihah. Dua hari sebelum kejadian, arwah datang rumah bawa hadiah macam-macam. Tak sangka itu yang terakhir. Saya darjah dua ketika itu,” kongsi @Elaine.

@missamypropertyTahu ada rumah terbengkalai tapi taktahu pula tu adalah….

♬ Oh No – Kreepa

Baca Lagi:
“Latar belakang aku terbongkar selepas staf JPN tak benarkan aku tukar IC baharu”
Ini cara tanam 3 jenis bawang popular di rumah, mudah sangat-sangat!
“Isteri pertama ustaz pujuk aku kahwin dengan suami dia, lepas kahwin lain pula yang jadi…”