Wanita tak puas hati isu pembahagian daging korban, AJK Masjid pulangkan semua termasuk dua telinga

Wanita tak puas hati isu pembahagian daging korban, AJK Masjid pulangkan semua termasuk dua telinga

Tular di media sosial sejak semalam mengenai seorang wanita yang melakukan ibadah korban di sebuah masjid terkenal di Sungai Petani meluahkan rasa tidak puas hati dalam isu pembahagian daging korban yang dilakukan pihak masjid.

Wanita tak puas hati isu pembahagian daging korban

Dalam hantaran yang dimuat naik Ustaz Yaakub Yusra, salah seorang AJK Masjid Madad Sungai Petani, seorang peserta ibadah korban ada meminta bahagian daging lembu meskipun telah dimaklumkan mengenai pembahagian kepada golongan yang berhak.

Wanita tak puas hati isu pembahagian daging korban, AJK Masjid tampil beri penjelasan

Malah, dalam mesej yang dihantar wanita itu, dia mengkritik cara kerja dan juga pembahagian daging-daging lembu korban yang dirasakan wanita itu sebagai tidak adil.

Ni mak cik nak habaq mak cik nak kaki, nak perut, nak hati, nak paru. Kelmarin kata dalam resit tulis nak daging saja.

Hari ini mak cik tulis semua.

Kalau tak bagi 1 helai bulu pun mak cik tak halalkan. Bukan berkira tapi tegas pada golongan faham agama. Cakap lain buat lain.
AJK Masjid beri penjelasan

@yaakubyusra Replying to @mohdazainiabdullah iyaa semua ikhlas datang membantu,nak harap kan team madad semua kami pon belajar-belajar lagi#murtadhadakwahcentre #korban #madad ♬ original sound – Ustaz Yaakub Yusra

Memberi respon terhadap permintaan wanita itu, Ustaz Yaakub tampil memberi penjelasan mengenai isu itu, malah turut menunjukkan bahagian-bahagian lembu yang dipulangkan kembali seperti telinga, kulit dan sebagainya.

Kata Ustaz Yaakub, setiap peserta perlulah maklum mengenai niat asal dalam mengerjakan ibadah korban.

Wanita tak puas hati isu pembahagian daging korban, AJK Masjid tampil beri penjelasan

Dalam akad kita sudah maklum, 1/3 diberikan kepada penama manakala 2/3 diberikan kepada orang ramai. Ingat kami jual kat market ka?

Maka tuan-tuan, kami minta team kami ganti balik, telinga lembu kami bagi balik kat dia, kami bukan nak buat untung..lepas ni dalam akad tengok bagi elok.

Meninjau ke ruangan komen, ramai netizen meluahkan rasa terkejut gara-gara melihatkan sikap individu yang tidak memahami erti ibadah korban.

Baca Juga:
Orang Korea jual ‘Lemang Instant’ selamba campak dalam api buat netizen terkejut
Netizen puas hati wanita ini permainkan penjual aiskrim Turki, “biasa dia buat orang, kali ini dia terkena”
Perempuan gatal cuba sondol suami di ofis akhirnya terbongkar
CATEGORIES