Wanita sumbat 16 ekor cicak hidup dalam coli di tahan pegawai kastam

Photo of author

By Syima Iza

Wanita sumbat 16 ekor cicak hidup dalam coli di tahan pegawai kastam.

Pegawai kastam di Pelabuhan Futian, China menggagalkan cubaan menyeludup 16 ekor cicak hidup yang disembunyikan dalam coli seorang penumpang wanita.

Wanita yang tidak didedahkan namanya itu dipercayai cuba membawa reptilia malang tersebut ke Shenzhen dari Hong Kong.

Wanita sumbat 16 ekor cicak hidup dalam coli di tahan pegawai kastam

Rahsia suspek terbongkar selepas seorang ejen kastam menyedari bajunya terlalu longgar dan mengesyaki dia cuba menyembunyikan sesuatu.

Pemeriksaan lanjut mendapati lima beg berjaring disembunyikan dalam colinya yang mengandungi 16 ekor cicak besar seperti iguana daripada spesies Hydrosaurus amboinensis berasal dari Indonesia.

Hydrosaurus amboinensis diisytihar terancam berikutan perdagangan haiwan peliharaan eksotik.

Di bawah peraturan kastam China, haiwan dari luar negara mesti diisytiharkan sebelum masuk dan menjalani tempoh kuarantin selepas itu.

Bulan lalu, pegawai kastam di Pelabuhan Futian turut menggagalkan cubaan menyeludup 14 ekor ular hidup yang disembunyikan dalam poket seluar seorang penumpang lelaki

Baca Lagi:
Selepas kecoh isu Zul Ariffin melawat kota Al-Ula, ini pencerahan Timbalan Mufti Negeri Sembilan
Apa istimewanya ayam ini hingga boleh mengeluarkan telur yang berlainan warna?
Pekin Ibrahim dedah terima macam-macam petua pelik untuk dapatkan zuriat, ada petua bila nak bersama isteri kena buka….