Wanita Sepanyol dakwa titis air kencing di mata boleh pulihkan rabun

Wanita Sepanyol dakwa titis air kencing di mata boleh pulihkan rabun

Wanita Sepanyol dakwa titis air kencing di mata boleh pulihkan rabun.

Seorang wanita Sepanyol tampil dengan dakwaan bahawa titisan air kencing di mata boleh memulihkan rabun dan astigmatisme sehingga mencetuskan kontroversi.

Namun pada awal abad ke-20, terapi air kencing pernah menjadi satu rawatan alternatif selepas dipopularkan ahli naturopati Britain, John W Armstrong dalam perubatan dan rawatan kosmetik.

Wanita Sepanyol dakwa titis air kencing di mata boleh pulihkan rabun

Sementara itu pengguna TikTok yang juga penolong kaunselor metafizik, Suama Fraile mendakwa urin juga baik untuk merawat masalah mata, berbanding ubat yang mengandungi bahan kimia diberi doktor.

Wanita itu mendakwa sudah mencuba dengan menitiskan air kencing ke matanya setiap hari sehingga masalah rabunnya pulih.

Dalam video TikTok yang tular, wanita itu menjelaskan titisan air kencing berfungsi lebih baik daripada ubat konvensional, memandangkan bahan kimia terdapat dalam ubat hanya mendatangkan lebih banyak mudarat berbanding, kebaikan.

Bagi membuktikan keberkesanan air kencing sebagai ubat untuk penglihatan yang lemah, wanita itu memperincikan pengalaman peribadinya dengan menitiskan ‘ubat’ itu pada setiap pagi dan malam.

“Ini rawatan semula jadi. Lupakan ubat, ia adalah bahan kimia dan itu akan menjejaskan kesihatan,” katanya.

Bagaimanapun, tiada bukti saintifik untuk menyokong kesan terapi air kencing terhadap kesihatan.

Baca Juga:

Isteri Shuib berputih mata rugi RM100,000 akibat tamak keuntungan segera
Masuk kandang singa untuk ‘selfie’, lelaki maut dibaham
Ketua Pemuda Umno dukung bapa bawa pergi gunting rambut raih perhatian ramai
CATEGORIES