Wanita sedekah RM1 terkejut dengar ayat yang keluar dari mulut pengemis ini.
Umat Islam, tidak kira kaya atau miskin, digalakkan untuk bersedekah mengikut kemampuan masing-masing. Namun, bagi orang miskin yang bermurah hati untuk bersedekah, hendaklah bersedekah mengikut kadar kemampuan, asalkan tidak menyusahkan diri sendiri dan orang yang menjadi tanggungannya.
Namun, alangkah terkejutnya seorang wanita selepas seorang pengemis menghina hasil pemberiannya hanya kerana jumlah yang kecil.
Terkejut mendengar ayat yang keluar dari mulut pengemis
Menerusi perkongsian di Threads jiedgaf__, wanita itu berkongsi bagaimana seorang pengemis telah menghinanya selepas dia menderma RM1 kepadanya.
Difahamkan, pada masa itu, dia sedang berjalan dan kemudiannya ternampak seorang pengemis di kaki jalan tersebut.
Oleh kerana melihat bekas duit pengemis itu masih kosong, dia mengambil keputusan untuk memberikannya sedikit sumbangan.
Namun, selepas meletakkan duit itu ke dalam bekas, dia terdengar pengemis itu meluahkan rasa tidak berpuas hati dengan jumlah yang diberikan. Perkara itu membuatkan wanita berkenaan sedih sehingga meragui keikhlasannya.