Wanita rayu pencuri pulangkan balik helmet beli dengan arwah bapa

Photo of author

By Syima Iza

Wanita rayu pencuri pulangkan balik helmet beli dengan arwah bapa.

Kehilangan sesuatu barang sememangnya menyentuh hati, lebih-lebih lagi jika barang tersebut mempunyai nilai sentimental atau merupakan hadiah daripada insan tersayang.

Begitulah nasib seorang wanita yang kehilangan topi keledar pemberian arwah bapanya, yang dicuri oleh seorang individu tidak bertanggungjawab.

Wanita rayu pencuri pulangkan balik helmet beli dengan arwah bapa

Menerusi rakaman video kamera litar tertutup (CCTV) yang dikongsikan di akaun TikToknya, kelihatan seorang lelaki berhenti di sebelah motosikal milik wanita itu yang diparkir di sebuah stesen minyak Caltex Desa Coalfield, Sungai Buloh.

Dalam video tersebut, lelaki itu dilihat mengambil topi keledar berkenaan sebelum meletakkannya di atas motosikal sendiri dan beredar meninggalkan lokasi.

Wanita rayu pencuri pulangkan balik helmet beli dengan arwah bapa

Wanita itu turut membuat rayuan kepada individu yang dikenali sebagai ‘Haziq 8’, yang dipercayai pelaku kejadian, untuk memulangkan topi keledar tersebut.

“Haziq 8, pulangkan helmet pemberian arwah bapa saya,” tulisnya dalam hantaran tersebut.

Menurut wanita itu, motosikal dan topi keledar yang dirakam dalam video berkenaan sedang digunakan oleh adiknya, seorang lepasan SPM yang baru sahaja mula bekerja.

@bubblywashere Assalamualaikum, Mohon ya yang mencuri pulangkan kembali helmet saya tu, mungkin dah calar balar tapi ada value saya beli dgn arwah bapak saya Saya bagi adik saya yang baru habis SPM guna pergi kerja motor & helmet saya tu Senang ya buat kerja terus rembat? Tolong pulangkan balik, tak malu ke curi helmet anak yatim #Helmet #Mencuri #SungaiBuloh #desacoalfields #Caltex ♬ APT. – ROSÉ & Bruno Mars

Dia turut menjelaskan bahawa dirinya sangat menjaga topi keledar itu dan sentiasa membawanya ke mana-mana apabila keluar rumah.

Kesedihan jelas terpancar dalam perkongsiannya, apabila dia mengakui tujuannya memuat naik rakaman CCTV tersebut adalah sebagai usaha untuk mendapatkan kembali topi keledar pemberian arwah bapanya.

“Saya harap yang mencuri tu dibuka la pintu hati untuk pulangkan kembali helmet itu,” luahnya dengan penuh harapan.

Difahamkan, topi keledar pemberian arwah bapanya itu berusia enam tahun dan merupakan jenis Gracshaw berwarna hitam metalik dengan visor rainbow, bersaiz 2XL.

Sehingga artikel ini ditulis, wanita tersebut masih belum menerima sebarang maklumat mengenai topi keledar kesayangannya.

Baca Juga:
Penduduk rakam ular sawa gergasi sedang berenang dalam air banjir raih tontonan 14 juta
Hina penjual air depan khalayak ramai, ini latar belakang pendakwah Gus Miftah yang ramai tak tahu
Ini respon PMX selepas tular video pendakwah gelar penjual air sebagai ‘Bodoh’