Wanita putus urat tangan dilibas pedang samurai depan kedai dobi di Masjid Tanah

Wanita putus urat tangan dilibas pedang samurai depan kedai dobi di Masjid Tanah

Wanita putus urat tangan dilibas pedang samurai depan kedai dobi di Masjid Tanah.

Seorang wanita putus urat tangan selepas menyelamatkan diri ketika disamun dua lelaki bersenjata pedang samurai di hadapan sebuah kedai dobi di Masjid Tanah, Alor Gajah, semalam.

Kejadian yang berlaku kira-kira pukul 6.30 pagi itu turut tular di media sosial menerusi satu klip video dipercayai rakaman televisyen litar tertutup di lokasi kejadian.

Wanita putus urat tangan dilibas pedang samurai depan kedai dobi di Masjid Tanah

Ketua Polis Melaka, Datuk Zainol Samah berkata, mengikut laporan dibuat, mangsa berusia 36 tahun mendakwa suspek yang menaiki kereta jenis BMW terlebih dahulu telah menghalang laluan kereta Proton Saga dipandunya.

“Dua suspek lelaki kemudian turun dari kenderaan itu sambil membawa pedang samurai dan bertindak memecahkan cermin hadapan, kiri dan kanan kereta mangsa sehingga tangan kirinya cedera akibat terkena libasan parang.

“Wanita itu yang terkejut segera mengundurkan keretanya sehingga terlanggar sebuah kereta diparkir di belakang di tepi jalan sebelum berjaya meloloskan diri,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Mengulas lanjut beliau berkata, mangsa yang cedera terus memandu ke Balai Polis Masjid Tanah untuk melaporkan kejadian tersebut sebelum mendapatkan rawatan awal di Klinik Kesihatan Masjid Tanah.

“Mangsa memaklumkan kejadian berlaku ketika dia dalam perjalanan ke tempat kerja di sebuah kilang di Masjid Tanah dan tidak mengenali kedua-dua suspek atau mempunyai konflik dengan mana-mana pihak.

“Mangsa yang cedera sedang mendapatkan rawatan lanjut di Hospital Melaka kerana mengalami putus urat tangan,” ujarnya.

Zainol berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 393/427 Kanun Keseksaan dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes untuk tampil di balai polis berhampiran atau hubungi talian 06-5562222 bagi membantu siasatan.

Baca Juga:
Kakitangan hospital terkejut lelaki bonceng datuk terus masuk wad kecemasan
Anak lelaki mengamuk pukul ibu dengan tukul, ancam letupkan tong gas dengan pemetik api
“Ada rezeki kita makan sedap-sedap ya”- Ayah beli coklat bentuk spanar buat anak raih perhatian ramai
CATEGORIES