Wanita perlu tahu ini 5 ciri lelaki yang perlu dielak dijadikan pasangan hidup

Photo of author

By Syima Iza

Wanita perlu tahu ini 5 ciri lelaki yang perlu dielak dijadikan pasangan hidup. Pegawai perubatan swasta, Dr. Ahmad Samhan Awang, telah berkongsi lima ciri lelaki yang perlu dielakkan oleh wanita untuk dijadikan pasangan hidup.

Menerusi perkongsian di TikToknya @Dr.samhan, beliau mengingatkan wanita agar menjauhi lelaki yang mempunyai lima ciri ini. Pertama, lelaki yang panas baran.

“Lelaki yang panas baran akan cepat angkat tangan dan memukul pasangannya. Jangan terima lelaki sebegini,” katanya.

Wanita perlu tahu ini 5 ciri lelaki yang perlu dielak dijadikan pasangan hidup

Kedua, beliau menyatakan bahawa lelaki yang kedekut juga perlu dielakkan kerana lelaki seperti ini tidak mempunyai perancangan kewangan yang baik dan sangat sukar untuk berbelanja, terutamanya kepada pasangan.

Ciri lelaki ketiga yang perlu dielakkan oleh wanita adalah lelaki yang tidak mempunyai akhlak dan adab.

“Lelaki yang tidak berakhlak dan beradab terlalu mudah mencarut, tidak mempunyai tutur kata yang baik, dan tidak bersopan santun,” jelasnya.

Beliau turut menasihati wanita agar berhati-hati dengan lelaki yang sukar menjaga pandangan dan suka melihat wanita berpakaian seksi.

Akhir sekali, Dr. Ahmad Samhan mengingatkan wanita agar tidak mendekati lelaki yang miskin agama.

Katanya, lelaki yang mempunyai tiang agama yang kukuh boleh mendidik pasangan dan anak-anaknya.

Baca Juga:
Putaran bumi semakin perlahan, satu hari di bumi akan menjadi 25 jam
Lee Zii Jia buat kejutan muncul jadi model catwalk, penonton puji ‘handsome gila’
Wanita kongsi petua tanam jagung sendiri dengan cara paling mudah