Wanita perasan dapat surat cinta, rupanya surat tegur bau badan busuk

Photo of author

By Syima Iza

Wanita perasan dapat surat cinta, rupanya surat tegur bau badan busuk.

Seorang wanita di Indonesia menarik perhatian ramai selepas mendedahkan bahawa dia pernah ditegur oleh rakan sekerja kerana bau badannya yang kurang menyenangkan, lapor portal berita Wolipop semalam.

Menerusi rakaman yang dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @mamadankai, wanita itu menunjukkan sekeping kad yang diterimanya.

Wanita perasan dapat surat cinta, rupanya surat tegur bau badan busuk

Dalam kad tersebut, dia diminta untuk memakai deodoran dari rumah sebelum pergi bekerja dan dinasihatkan agar tidak hanya bergantung kepada pewangi badan.

Rakaman tersebut menjadi tular di media sosial dan meraih lebih daripada 3.6 juta tontonan serta 203,600 tanda suka.

“Selagi dia (rakan kerja) tidak menegur secara terbuka, itu adalah baik kerana teguran tersebut adalah untuk kebaikan diri anda,” kata seorang netizen.

“Bahasa yang digunakan oleh penulis itu sangat sopan. Dia adalah seseorang yang peduli tentang anda,” kata netizen lain.

Baca Juga:
Kumpulan ‘Pet GB’ tumpas, 36 ditahan terlibat seks bertukar pasangan
Nenek hilang RM1.4 juta ditipu ‘scammer’ menyamar pegawai bank
Pawang wanita tahan hujan di stadium kena halau