Wanita pelik kena hon, rupanya rakan sekerja letak sesuatu pada bumber belakang kereta

Wanita pelik kena hon, rupanya rakan sekerja letak sesuatu pada bumber belakang kereta

Wanita pelik kena hon, rupanya rakan sekerja letak sesuatu pada bumber belakang kereta.

“Hari ini hari jadi saya. Sila hon tiga kali untuk ucapan hari jadi.”

Itu nota ditampal Siti Nur Izzah Anuar, 25, yang membuat ‘prank’ terhadap rakan sekerjanya, Dewi Idayu Husain, 41, yang menyambut ulang tahun kelahiran, semalam.

Izzah berkata, nota yang ditampal di belakang kereta Idayu itu adalah perancangan saat akhir bersama seorang lagi rakannya, Wahidah.

Wanita pelik kena hon, rupanya rakan sekerja letak sesuatu pada bumber belakang kereta

“Awalnya nak sambut di pejabat saja. Kami nak lekatkan gambar dia (Idayu) dekat pintu pejabat, jadi nanti kakitangan akan bagi ucapan. ‘Prank’ hon ni cuma ‘plan B’, tak sangka Wahidah pun okay dan suka.

“Pada mulanya takut kalau tiada siapa hon atau orang beritahu dia ada kertas di belakang kereta. Mujur sewaktu saya tampal tu, Idayu dah dalam kereta. Masa di parkir lagi ada orang yang dah mula hon.

“Jadi, saya dan Wahidah minta Idayu untuk pusing jalan jauh sebelum sampai tempat kami nak sambut di Secret Recipe, Aeon Seremban 2. Kami bagi alasan nak singgah kedai di Centrio Seremban 2,” katanya.

Menurutnya yang juga Ejen PruBSN Takaful Seremban berkata, sepanjang perjalanan ke destinasi dituju, Idayu yang memandu berasa tertekan kerana dihon banyak kereta dan motosikal.

Menurutnya, Idayu tertanya-tanya adakah tayar keretanya bermasalah atau ada perkara lain.

“Dia memang tak suka kena hon dan dia pun tak suka hon orang. Itu yang dia ‘stress’ bila orang asyik hon dia. Dia tanya tayar dia kenapa? Kami jawab okay saja, sebab sebelum tu saya letak barang di bonet kereta. Selepas tu saya kata mungkin tali beg komputer riba terkeluar.

@izzahanuar52 Terima kasih warga Seremban🫡🌹 Happy Birthday kak @Idayu Husain 🎂 Dah meningkat usia, jangan marah2 lagi orang hon😂😂😂😭😭😭#fyppppppppppppppppppppppp #fypã‚· #berandatiktok #berandafyp #ambiltahu #birthday #birthdayprank #birthdaygirl ♬ original sound – SNIA_5535

“Dia kemudiannya nak berhentikan kereta, tapi kami cakap tak perlu. Sebenarnya risau juga kalau dia berhenti awal sangat, sebab masa tu tak banyak lagi yang hon.

“Jadi, setiap kali dapat hon, dia marah. Masa tu juga saya cakap jangan marah sebab alasan nak buat video vlog sempena hari jadinya,” katanya.

Menurutnya, Idayu hanya mengetahui dirinya menjadi mangsa ‘prank’ setibanya di lokasi dituju.

“Bos kami, Sahrol Nizam yang tunggu di situ pun tergelak melihat reaksi Idayu. Apa pun, ‘prank’ kami berjaya dan tak kantoi,” katanya.

Video yang dimuat naik sejak semalam di akaun TikTok Izzah itu sudah mencecah 2.3 juta tontonan.

Baca Lagi:
‘Parking kenderaan depan rumah sendiri atau jiran akan dikenakan kompaun – MBPG
Angkara sihir! Wanita kandung anak jin di Terengganu, mengandung selama 4 jam terus beranak
Jangan tidur selagi anda tak cuci pinggan mangkuk yang berlonggok dalam sinki, kenapa? Ini sebabnya…
CATEGORIES