Wanita pelik jiran bina kubur tepi rumah

Photo of author

By Syima Iza

Seorang wanita di Purbalingga, wilayah Jawa Tengah meluahkan rasa marah selepas jirannya mengebumikan jenazah di sebelah rumahnya, lapor laman berita Tribunnews kelmarin.

Wanita tersebut berkata, jenazah itu dikebumikan di kawasan kebun sayur miliknya.

Menerusi hantaran di platform TikTok, wanita tersebut menunjukkan keadaan sekitar rumahnya yang dikelilingi kebun dan tanah yang luas.

Wanita pelik jiran bina kubur tepi rumah

Di satu sudut berhampiran pokok pisang, sebuah kubur kelihatan masih baru digali di situ.

Malah, tiada pagar atau sekatan diletakkan untuk memisahkan kubur itu dengan rumah wanita tersebut.

“Orang gila mana yang membina kubur di tepi rumah orang?” kata wanita tersebut.

Tambahnya, dia hairan kerana keluarga si mati mengebumikan jenazah di kawasan itu sedangkan terdapat tanah perkuburan awam tidak jauh dari rumahnya.

Wanita itu bagaimanapun mengakui bahawa tanah tersebut milik keluarga si mati.

“Tahu tanah itu milik anda semua tetapi takkanlah tergamak (mengebumikan jenazah) di situ,” ujarnya.

Video tersebut menjadi tular dan menerima pelbagai komen netizen.

“Bagaimana kalau mahu mengambil pisang, tiba-tiba ada yang duduk di situ?” soal seorang netizen.

“Kalau itu tanah mereka, ikhlaskan sahaja. Mungkin dia mahu membuat kawasan kubur khusus untuk keluarga di tanah sendiri. Sekarang baru satu (kubur), akan datang nanti lebih banyak yang ada,” kata pengguna media sosial lain.

@cyberrush903iya tau itu tanah lu tapi ga banget sumpahhh🫵🏻☺️

♬ jealous labrinth – k

Baca Juga:
Bapa sedih anak perempuan kahwin dengan guru sekolah pondok tanpa wali setelah dijanjikan syurga
Baru kenal di gimnasium kena liwat di kondominium
Wajah mirip Lisa Blackpink, remaja jual ayam goreng jadi popular sekelip mata