Mimpi sering ditafsirkan sebagai mainan tidur.
Begitulah tanggapan awal wanita berusia 35 tahun ini apabila dia sering mengalami mimpi pelik dan menyeramkan.
Bagaimanapun katanya, selepas beberapa kali bermimpi perkara yang sama, dia mula berdepan gangguan secara nyata.
Berkongsi cerita, dia yang enggan mendedahkan identiti berkata, gangguan yang dialami itu bukanlah daripada manusia namun oleh makhluk halus yang tidak dapat dilihat dengan pandangan mata kasar.
“Mimpi pelik ni aku alami sejak tahun lepas. Mula-mula sekadar mimpi, kemudian aku dapat rasa yang aku disetubuhi setiap malam,” ujarnya memulakan cerita.
Bimbang situasi tersebut berterusan, dia mendapatkan rawatan dan khidmat perubatan Islam sehinggalah gangguan yang dialami itu hilang.
Bagaimanapun, baru-baru ini dia kembali diganggu entiti misteri itu sehingga berasa letih dan tidak bertenaga.
Malah katanya, seluruh badan turut mempunyai kesan lebam seolah-olah digigit.
“Apa yang aku alami ni macam cerita Anak Perjanjian Syaitan. Dah bermacam-macam aku buat tapi ‘benda’ ni hilang sekejap saja dan sekarang aku dah terlampau letih sehingga terpaksa biarkan saja apa yang dilakukan.
“Bayangkan setiap pagi aku kena mandi wajib sebelum solat… aku macam dah reda je dengan apa yang berlaku.
“Dekat badan aku memang penuh dengan kesan lebam darah,” ujarnya lagi.
Mengakui sukar mendapat jodoh dan sering bergaduh dengan teman lelaki, dia percaya ia adalah kesan daripada ‘percintaan’ antara dirinya dengan entiti berkenaan.
Aku pun pernah lalui perkara yang sama, tapi aku lawan.
“Dia pun macam faham kata-kata aku sebab kalau aku cakap tengah puasa, dia tak akan ganggu dan datang selepas aku berbuka,” tambahnya lagi.
Dalam pada itu, dia turut meluahkan rasa buntu kerana menjadi mangsa dan tidak tahu cara untuk melepaskan diri daripada gangguan mistik berkenaan.
Luahannya itu kemudian dikongsikan seorang pelayar X sehingga mendapat perhatian warga maya.
Rata-ratanya beranggapan terdapat jin yang jatuh cinta dengan dirinya berdasarkan kesan yang dialami.
Tidak kurang juga yang menasihatinya supaya mendapatkan rawatan dengan segera bagi mengelakkan gangguan yang lebih teruk sehingga mengalami masalah kesihatan mental.
“Saya syorkan supaya awak clear semua barang di dalam bilik tu, buang katil yang digunakan sekarang dan apa sahaja gambar bernyawa… patung-patung pun tak boleh simpan, kemudian azan dan baca Yasin dalam bilik tu.
“Aku pun pernah lalui perkara yang sama, tapi aku lawan.
“Perkara ini adalah benar dalam kes catatan manusia dan gangguan jin. Saya cadangkan supaya dapatkan khidmat rawatan perubatan Islam.
“Semoga dipermudahkan urusan kak… cepat-cepat buat sesuatu, lagi lama lagi melarat nanti,” ujar beberapa warga maya.
Baca Juga: