Wanita panik masuk gear ‘reverse’ tertekan pedal minyak langgar tiga kenderaan

Wanita panik masuk gear ‘reverse’ tertekan pedal minyak langgar tiga kenderaan

Kerana panik, seorang wanita bertindak melanggar tiga kenderaan dalam kejadian di Jalan Padang, di sini, semalam.

Video kejadian itu yang berdurasi 17 saat turut tular di aplikasi TikTok.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S Vijaya Rao berkata hasil siasatan awal mendapati kemalangan itu berlaku jam 7.30 malam.

Wanita panik masuk gear 'reverse' tertekan pedal minyak langgar tiga kenderaan

Beliau berkata wanita terbabit dipercayai tertekan pedal minyak ketika keluar dari kotak parkir lalu melanggar sebuah kereta di hadapannya.

“Dia yang cemas dan terkejut lalu menukar gear dengan mengundur laju kemudian melanggar dua kereta lain yang diparkir di tepi jalan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Vijaya Rao berkata tiada kemalangan jiwa dan kecederaan dilaporkan dalam kejadian itu.

Menurutnya, semua pihak sudah tampil membuat laporan pada hari sama.

Kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian supaya tampil membantu siasatan.

Baca Juga:
Polis musnahkan 6 Harley Davidson bersalut emas, setiap satu bernilai hampir RM500,000
Gambar isteri jadi alat pemuas nafsu, Hafiz Mahamad bagi 3 syarat kepada pelaku termasuk tiket umrah
Askar US bakar diri di hadapan kedutaan di Washington, jerit ‘Bebaskan Palestin’
CATEGORIES