Wanita OKU penglihatan kongsi mimpi ketika tidur, apa yang dilihat oleh insan hebat ini semasa bermimpi?
Menurut wanita yang dikenali sebagai Ila Kamilah itu, individu yang pernah melihat dan baru sahaja cacat penglihatan akan dapat mendengar dan melihat ketika sedang bermimpi seperti orang biasa.
Semua orang tanpa mengira pangkat, umur, jantina mahupun status pasti pernah bermimpi ketika sedang tidur bukan?
Mimpi ini boleh jadi sesuatu yang membahagiakan dan kadang ia boleh jadi sesuatu yang menakutkan sehingga membuat seseorang itu terbangun dari tidurnya.
Kebanyakan mimpi dirasai seperti realiti memandangkan seseorang itu dapat melihat dan merasai perkara yang dilaluinya semasa sedang bermimpi.
Wanita OKU penglihatan beri penjelasan tentang mimpi ketika tidur
Namun, bagaimana pula mimpi bagi orang kurang upaya (OKU) penglihatan, apa yang dilihat oleh insan hebat ini semasa sedang bermimpi?
Susulan itu, seorang wanita yang juga cacat penglihatan menjelaskan tentang persoalan itu selepas pertanyaan terbabit diajukan oleh seorang pengikutnya di media sosial.
Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @ilakamilah97, wanita yang dikenali sebagai Ila Kamilah itu menyatakan bahawa orang buta seperti dirinya juga adalah manusia biasa yang boleh bermimpi ketika tidur.
Cacat penglihatan sejak kecil hanya akan bermimpi secara audio tanpa melihat
Menurut Ila, dari perspektif dirinya yang sudah mengalami cacat penglihatan sejak kecil lagi, dia akan bermimpi dengan hanya mendengar audio tanpa dapat melihat.
“Daripada sudut saya yang tak nampak sejak lahir ini, cara saya bermimpi hanya audio sahaja, saya tak nampak.
“Contoh kalau saya mimpi seram, saya tak nampak dalam mimpi itu, tapi saya berlari, tapi apa yang peliknya dalam mimpi itu, saya lari tak langgar dan tak jatuh langsung, itu yang saya rasa kalau mimpi sesuatu yang menakutkan,” katanya lagi.
Orang yang baru buta penglihatan akan bermimpi seperti manusia biasa
@ilakamilah97 Replying to @✧zhask✧ ♬ Sad song by piano and violin(886018) – NOVA
Menurutnya lagi, individu yang pernah melihat dan baru sahaja mengalami cacat penglihatan akan dapat mendengar dan melihat ketika sedang bermimpi seperti orang biasa.
“Kalau yang pernah nampak dan baru sahaja tak nampak, dia akan nampak apa perkara yang sedang dimimpikan itu macam biasa macam orang normal,” katanya lagi.
Di akhir perkongsiannya, Ila berharap agar video penjelasan yang diberikan olehnya itu difahami setiap orang yang masih tertanya-tanya atau keliru bagaimana insan yang buta penglihatan bermimpi ketika sedang tidur.
Bersyukurlah kita yang dapat melihat ini dan beruntungnya dia yang terhindar daripada melakukan zina mata.
Semoga Ila sihat selalu dan sentiasa berada dalam rahmat serta lindungan Allah SWT.