Wanita nyaris tertelan dawai kokot dalam nasi kerabu

Photo of author

By Syima Iza

Wanita nyaris tertelan dawai kokot dalam nasi kerabu. Bercerita mengenai penyediaan makanan, selain menjaga kebersihan, peniaga juga perlu menitikberatkan keselamatan para pelanggan.

Ini kerana sebarang bendasing yang terdapat di dalam makanan seperti batu, skru bukan sahaja boleh mencederakan malah membahayakan nyawa pelanggan.

Jumpa dawai kokot dalam makanan yang dibeli
Perkara ini samalah seperti apa yang terjadi kepada seorang pelanggan ini apabila menemukan lebih dari satu dawai kokot di dalam makanan yang dibelinya.

Wanita nyaris tertelan dawai kokot dalam nasi kerabu

Menerusi hantaran yang dikongsikan dalam di grup Facebook Warga Kuantan Official di Facebook, seorang wanita mendedahkan telah terjumpa 10 dawai kokot di dalam nasi kerabu yang dibeli olehnya.

Bukan setakat terjumpa, malah dia sudah nyaris tertelan satu dari dawai kokot tersebut.

Beli dari sebuah aplikasi penghantar makanan
Jelasnya, makanan tersebut telah dipesan melalui satu aplikasi penghantar makanan dan menyangka dawai yang dikunyah itu merupakan tulang namun apa bila diteliti objek itu merupakan dawai kokot.

Sebaik menyedari terdapat 10 dawai kokot, dia lantas menghubungi syarikat penghantar makanan tersebut.

Wanita nyaris tertelan dawai kokot dalam nasi kerabu

“Jumpa ni masa tengah makan tadi, tengah mengunyah ingat kot tulang ke apa rupanya.. terus report dekat ** dan terus syarikat berkenaan call semula.

“Ingatkan satu je tapi apabila cari-cari lagi dalam nasi semuanya ada 10 dawai kokot (digunakan dalam stapler) yang dijumpai,” ujar wanita itu.

Ramai kurang senang lihat kecuaian peniaga sediakan makanan.

Wanita nyaris tertelan dawai kokot dalam nasi kerabu

Melihat di ruangan komen, perkara itu turut membuatkan orang ramai kurang senang dan menyifatkan penggunaan dawai kokot kepada pembungkusan makanan adalah sangat bahaya.

Malah ada juga yang menyatakan kerana itulah penting buat para peniaga untuk menghadiri kursus penyediaan makanan agar mengetahui apakah perkara yang boleh dilakukan dan tidak boleh.

Tidak kurang juga ada yang memberi cadangan agar perkara itu dilaporkan kepada pihak berkuasa untuk memberi iktibar kepada peniaga-peniaga lain.

Peniaga boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Makananan 1983
Sebagai rekod, para peniaga tidak dibenarkan untuk menggunakan paku atau sebarang peralatan tajam dalam membungkus makanan.

Sekiranya dikesan mengingkari arahan tersebut para peniaga boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Makanan 1983.

Ini kerana dawai kokot dan paku dikategorikan sebagai “food hazard” dan tidak sesuai untuk digunakan sebagai kaedah pembungkusan makanan. Sebaliknnya orang ramai disarankan menggunakan getah biasa.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, peniaga yang menggunakan barangan berbahaya seperti paku, kokot dan sebagainya boleh didakwa di mahkamah dan dijatuhkan hukuman denda tidak melebihi RM10,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekiranya didapati bersalah.

“Ramai peniaga guna stapler ni tak boleh ditegur. Kita tegur dia orang marah balik”

Wanita nyaris tertelan dawai kokot dalam nasi kerabu

“Ni nak bagi makan orang ke nak bunuh orang ni.. agak-agaklah.. memang tak kalau macam ni”

Wanita nyaris tertelan dawai kokot dalam nasi kerabu

Baca Lagi:
Rasmus Paludan bakar al-Quran lagi
Perlantikan Nurul Izzah sebagai penasihat kanan PM, ini penjelasan Anwar
Lantikan Nurul Izzah sebagai Penasihat Kanan Kewangan, Ekonomi tanpa gaji – Sumber