Wanita nekad minta cerai tak tahan suami kedekut, 2 tahun berkahwin hanya beri nafkah RM2 sehari, upah buat kerja rumah

Wanita nekad minta cerai tak tahan suami kedekut, 2 tahun berkahwin hanya beri nafkah RM2 sehari, upah buat kerja rumah

Wanita nekad minta cerai tak tahan suami kedekut, 2 tahun berkahwin hanya beri nafkah RM2 sehari, upah buat kerja rumah.

Seorang wanita memfailkan perceraian terhadap suaminya selepas dua tahun berkahwin dengan alasan lelaki itu sangat kedekut.

Wanita berkenaan mendakwa, suaminya hanya memberi nafkah RM2 sehari dan jumlah tersebut dikatakan sebagai upah melakukan kerja rumah.

Kisah wanita tersebut diceritakan semula oleh seorang peguam yang mengendalikan kes tersebut di kumpulan Facebook, Peguam Syarie.

“Ada klien saya dia nekad nak minta cerai sebab sifat kedekut suaminya. Katanya, suaminya hanya beri RM2 sehari sebagai nafkah dan upah dia buat kerja rumah, dan kalau nak minta duit lebih barang dapur pun seperti kena merayu.

Wanita nekad minta cerai tak tahan suami kedekut, 2 tahun berkahwin hanya beri nafkah RM2 sehari, upah buat kerja rumah

Gambar hiasan

“Selama dua tahun kahwin, klien saya mengadu tidak pernah sekali mereka makan di luar dan lauk harian mereka hanyalah telur dan ikan bilis. Kalau sehari RM2, sebulan baru RM60, sehari belanja pun habis.

“Terkejut saya dengar cerita klien ini, kesian. Suami ingatlah, kerja isteri di rumah perlu dibayar dengan jumlah setimpal. Isteri bukan orang gaji paksaan yang kena buat kerja secara percuma,” katanya.

Bercerita lanjut, peguam tersebut memaklumkan, suami wanita berkenaan bekerja sebagai tukang gunting rambut dengan anggaran pendapatan sekitar RM1,800 sebulan.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai terkejut dengan sifat kedekut suami wanita itu.

“Seriuslah RM60 ja nafkah sebulan? Kalau aku sebulan macam itu dah angkat kaki, tak sanggup bertahan sampai dua tahun,” komen Syafiqah.

“Itulah masalah orang perempuan, selalu bertahan dengan harapan suami berubah. Akhirnya bertahun hadap perangai suami kedekut tahi hidung masin,” tegur Nurul Ain.

Baca Lagi:
PRK Kemaman: Kalau letak botol air mineral pun, Pas yakin menang
Kuda dalam kargo mengamuk dan terlepas, pesawat terpaksa patah balik..pilot minta doktor haiwan ‘standby’ selepas mendarat
Budak mengaku berasal dari planet Marikh, dakwa penghuni Marikh menetap bawah tanah bernafas guna gas karbonat
CATEGORIES