Wanita minta kuasa viral netizen carikan uncle Cina ini…

Photo of author

By Syima Iza

Wanita minta kuasa viral netizen carikan uncle Cina ini…

Dalam hidup ini, kita akan jumpa pelbagai jenis manusia yang memberikan pengajaran untuk kita, tidak kiralah baik atau jahat.

Seperti seorang gadis ini yang berkongsi pengalamannya berjumpa dengan seorang uncle Cina yang baik hati dan sanggup menolongnya ketika keretanya rosak di tepi jalan.

Wanita minta kuasa viral netizen carikan uncle Cina ini...

Menerusi video yang dimuat naik oleh @shqn.s di laman TikTok, gadis itu menceritakan kejadian keretanya tiba-tiba rosak semasa berada di highway SUKE.

Menangis dan gelabah sebab kena hon dengan kereta lain, siap kena marah dengan individu yang suruh alih kereta

Menurut @shqn.s, dia pada mulanya tidak tahu untuk berbuat apa-apa dan sempat menangis ketika menghubungi abangnya untuk datang mengambilnya.

@shqn.s TOLONG CARI UNCLE NI?! Hari yang aku ingat sampai bila bila. Shaking gelabah semua ada. Girls pandai mana pon kita cari duit hahaha kena ada ilmu pasal kereta rosak ni kena buat apa. Jangan jadi macam aku, gelabah semua tak tahu buat apa + orang hon rasa presure sangat. Alhamdulillah semua selamat. dikala negara kita banyak isu terjadi, hadir nya insan yang baik berhati mulia. Uncle where are u? #viralmalaysia #unclecinabaik ♬ suara asli – Sadness🥀 – 𝐒𝐚𝐝𝐧𝐞𝐬𝐬🥀

“Kereta shut down lepas turun SUKE highway. Dengan brake kaki terus jadi keras. Semua segala sign keluar. Gelabah, shaking, menangis sampai tak tahu nak buat apa.

“Semua kereta dah hon, pakej kena marah dengan pak cik suruh aku alihkan kereta. Allah maha baik. Dia datangkan satu uncle Cina tolong aku. Sanggup dia bawak kereta aku yang risk sangatlah tinggi sebab brake kaki tak dapat tekan.

“Cari uncle ni korang. Aku nak number phone dia. Sebab tadi tak sempat borak apa semua. Sempat say thank you lepas tu dia pergi terus,” katanya.

Baca Juga:
Remaja 17 tahun maut jatuh dari tingkat sembilan, ada bangkai kucing sebelah mayat
Celine Dion dibayar RM9 juta hanya nyanyi satu lagi di Olimpik Paris 2024
Facebook Suhakam kena ‘serang’ selepas bantah hukuman gantung sampai mati 6 pesalah