Wanita meraung lihat rakan sekerja maut dihempap mesin di kilang alat tulis.
Kemalangan di tempat kerja, terutamanya di kilang-kilang, bukanlah perkara asing dalam sektor industri.
Dalam usaha untuk mengejar produktiviti, banyak kilang bergantung pada penggunaan mesin yang berisiko tinggi.
Namun begitu, tanpa langkah keselamatan yang mencukupi, kemalangan boleh berlaku secara tiba-tiba dan mengakibatkan kecederaan atau kehilangan nyawa.
Sebagai contoh, kes kemalangan yang melibatkan seorang pekerja kilang alat tulis di Lima, Peru mengejutkan warga maya di seluruh dunia pada Jumaat.
Dalam kejadian tragedi ngeri itu, mangsa, Hugo Rojas Ventura maut di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di anggota badan.
Insiden itu juga berjaya dirakam oleh kamera litar tertutup (CCTV) kilang berkenaan.
Menerusi video yang tular di media sosial, kejadian memaparkan seorang lelaki berusia 52 tahun yang sedang melakukan tugas hariannya di kilang tersebut apabila insiden itu berlaku.
Namun, mesin pemampat kertas tersebut tidak berfungsi sebelum mangsa cuba mengeluarkan span kertas.
Secara tiba-tiba, mesin tersebut berfungsi semula lalu menghempap mangsa.
Lebih menyayat hati, kejadian itu disaksikan oleh rakan sekerjanya yang berada di tempat kejadian, sehingga dia menjerit ketakutan.
Malah, wanita itu juga cuba menyelamatkan Hugo dengan menariknya keluar, namun gagal.
Memetik laporan berita antarabangsa, kejadian itu masih lagi dalam siasatan pihak berkuasa tempatan setakat berita ini ditulis.
Seorang pekerja kilang maut dihempap mesin di Lima, Peru. pic.twitter.com/AcuEIIWgJa
— Nadine Ardine (@MoMoT_Nadine) November 9, 2024