Wanita meraung kena serang udang ganas di restoran.
Satu rakaman video di platform TikTok memaparkan seorang wanita menangis setelah diserang oleh seekor udang ganas di sebuah restoran di China, lapor portal berita Wion News semalam.
Wanita itu dilihat sedang duduk dan cuba memasukkan seekor udang hidup ke dalam periuk panas yang berisi makanan laut lain.
Tiba-tiba, udang tersebut melompat keluar, namun wanita itu berjaya menangkapnya semula menggunakan kayu sepit.
Bagaimanapun, udang itu kembali ‘melompat’ dan melekat pada lengannya, menyebabkan wanita tersebut menjerit kesakitan akibat ditusuk oleh udang tersebut.
Seorang lelaki kemudian tampil untuk membantu memisahkan udang daripada lengan wanita itu.
@jimmyp.kim.architectGirl tries to cook a live mantis shrimp at a seafood spot, but it jumps at her and grabs on, like, “You thought cooking me would be easy? Nah, I’m serving up the fight tonight!
Pengguna TikTok mendapati kejadian itu melucukan.
“Udang kata awak cederakan saya, saya cederakan awak balik,” tulis seorang netizen.
Sebilangan netizen juga menyatakan bahawa hidupan laut tersebut adalah udang lipan.