Wanita mengigil satu badan selepas lihat rakaman video adik sedang mandi dalam phone suami

Photo of author

By Syima Iza

Benarlah  firasat seorang isteri selalu tepat, lebih-lebih lagi dalam menghidu sesuatu yang ‘aneh’ melibatkan pasangannya.

Demikian juga kisah yang dikongsikan oleh seorang wanita mengenai suaminya yang kantoi melakukan perbuatan tidak senonoh dalam diam.

Menurut wanita yang tidak mendedahkan identitinya itu, segala-galanya terbongkar selepas dia terdetik mahu memeriksa telefon bimbit milik suaminya.

Wanita mengigil satu badan selepas lihat rakaman video adik sedang mandi dalam phone suami

“Saya dan suami dah kahwin hampir tiga tahun dan mempunyai seorang anak yang berumur 11 bulan. Saya ini suri rumah sepenuh masa.

“Kisahnya macam ni. Saya ini jaranglah nak periksa telefon suami tapi hari ini saya terdetik hati untuk periksa galeri.

“Mula-mula saya buka bahagian yang dipadam. Saya terkejut suami saya tengah setting telefon untuk merakam,” kongsinya.

Berasa tidak sedap hati, wanita berkenaan cuba menyelongkar simpanan video-video yang cuba dirakam oleh suaminya.

Namun apa yang ditemui di bahagian dalam galeri telefon bimbit suaminya nyata mengejutkan dan membuatkan tubuhnya menggigil.

“Rupanya dia cuba merakam adik saya ketika sedang mandi. Lepas tu bila saya periksa bahagian yang tidak dipadam, rupanya ada nampak adik saya tengah mandi. Adik perempuan saya tinggal bersama kami sebab dia kerja di sini.

“Saya jadi menggigil satu badan… rasa nak marah. Saya tengok tarikh dia buat tu mula bulan April. Maknanya masih baru lagi dia buat benda ni,” ujarnya.

Tambah wanita tersebut, perbuatan suaminya itu sangat tidak mampu untuk diterima dan dia kini dalam dilema sama ada mahu meneruskan perkahwinan atau berpisah.

Gila suami macam tu! Bini sendiri ada, record adik pula lepaskan nafsu!

NETIZEN

“Perlukah saya beri peluang kedua atau minta cerai? Saya tak boleh terima dia buat macam tu dekat saya dan adik saya.

“Tapi kalau bercerai, kemungkinan anak akan dapat dekat suami atau saya? Sebabnya saya ni tak bekerja, saya takut anak dapat dekat dia,” luahnya memohon pandangan warga maya.

Menjengah ruangan komen, rata-rata warga maya menasihatkan wanita berkenaan agar mengambil tindakan untuk berpisah kerana suaminya jelas tidak berakhlak.

“Gila suami macam tu! Bini sendiri ada, record adik pula lepaskan nafsu!

“Dah rakam tak mustahil ada niat lebih daripada itu.

“Pergi je buat laporan polis. Akhlak suami tak sesuai jaga anak. Jadi tuntut nafkah anak. Insya-Allah akan ada jalan,” komen netizen.

Dalam pada itu, segelintir netizen turut menasihatkan wanita berkenaan dan pasangan lain agar mengelakkan adik-beradik atau saudara mara tinggal di bawah satu bumbung kerana dikhuatiri berlaku pelbagai masalah.

Baca Juga:
Pemuda kongsi pengalaman ‘berumah’ di dalam kereta Proton Iriz miliknya
Chef Wan disiasat polis selepas kaitkan gaun Aishwarya Rai dengan Thaipusam
Bas pelancong rempuh kondominium, lima kereta rosak teruk