Wanita mengamuk di stesen minyak ‘lepaskan hajat’ tandas pula tiada air…siap beli 2 botol besar air mineral

Photo of author

By Syima Iza

Wanita mengamuk di stesen minyak ‘lepaskan hajat’ tandas pula tiada air…siap beli 2 botol besar air mineral. Tindakan seorang wanita memarahi kakitangan sebuah stesen minyak gara-gara tandas di pam minyak itu tidak mempunyai bekalan air, dikecam orang ramai.

Rakaman video pertelingkahan antara wanita berkenaan dengan kakitangan di stesen minyak itu telah dimuat naik di akaun TikTok wanita tersebut sebelum dipadam gara-gara menerima komen negatif daripada orang ramai.

Difahamkan, wanita tersebut terkejut apabila mendapati tandas berkenaan tiada air selepas dia menggunakan tandas itu.

Wanita mengamuk di stesen minyak 'lepaskan hajat' tandas pula tiada air...siap beli 2 botol besar air mineral

Katanya, dia kemudian telah membeli dua botol besar air mineral sebelum pergi ke kaunter dan meminta pihak stesen minyak menggantikan semula duitnya yang telah digunakan untuk membeli air tersebut.

“Kisahnya, aku sakit perut teramat sangat, aku terus masuk tandas tapi bila dah selesai tengok rupa-rupanya tiada air.

“Nasib baik (tandas) sebelah aku ada orang, jadi aku minta tolong dia maklumkan pada adik aku di dalam kereta untuk tolong belikan air,” tulisnya di dalam video tersebut.

Menurutnya, sebaik sahaja selesai urusan di tandas, dia kemudian bertindak masuk ke dalam stesen minyak bagi menyatakan rasa tidak puas hati berikutan tandas tersebut tidak mempunyai bekalan air.

Wanita itu juga mempersoalkan mengapa tiada kakitangan stesen minyak itu masuk ke tandas tersebut untuk mencucinya atau memeriksa sama ada mempunyai bekalan air ataupun tidak.

Dalam video itu juga kedengaran salah seorang kakitangan memarahi wanita berkenaan selain memaklumkan mereka tidak sempat berbuat demikian malah turut tidak dapat pergi berehat.

Tinjauan di ruang komen mendapati rata-rata pengguna mengecam tindakan wanita tersebut yang dikatakan tidak bertanggungjawab atas diri sendiri.

“Sepatutnya dah masuk tandas awam, terus periksa ada air atau tidak. Jika tiada air pun jadi tanggungjawab sendiri untuk ke tandas di tempat lain atau beli air sendiri. Sudahlah guna tandas itu secara percuma,” kata Deen.

“Tak pernah terfikir ada orang akan tuntut semula duit air yang dia beli untuk cuci najis sendiri,” kata Naurah.

“Boleh faham kenapa kakak cashier tiba-tiba jerit macam itu. Stesen minyak musim perayaan ini pelanggan memang tak putus-putus, nak kena hadap pula pelanggan banyak ragam,” kata Lola.

“Kadang yang kerja situ pun tak sedar kalau tak ada air sebab tak sempat nak ke tandas. Apa-apa pun bertimbang rasalah,” kata Scarf.

Baca Lagi:
Lelaki mabuk pegang botol arak dalam kereta mengaku kerabat diraja Selangor
‘Mertua vs menantu’, kenapa mertua dengan menantu perempuan je selalu perang?, kenapa bukan dengan menantu lelaki?
Adun Jeram tawar sehingga RM3,000 kepada sesiapa yang ada wang kertas RM1 lama