Wanita mengamuk di sekolah selepas anak didenda duduk atas lantai selama 3 hari

Photo of author

By Syima Iza

Wanita mengamuk di sekolah selepas anak didenda duduk atas lantai selama 3 hari.

Di Malaysia, istilah sumbangan Persatuan Ibu Bapa & Guru (PIBG) pastinya sudah cukup sinonim di kalangan masyarakat kita. Derma yang disalurkan oleh penjaga murid akan digunakan untuk membiayai pembiayaan sekolah.

Di negara Indonesia pula, ia dikenali sebagai Sumbangan Pembinaan Pendidikan (SPP). Walau apa jua istilah yang digunakan, kita semua sedia maklum bahawa sumbangan ini adalah bersifat seikhlas hati tanpa sebarang paksaan.

Wanita mengamuk di sekolah selepas anak didenda duduk atas lantai selama 3 hari

Duduk di lantai seperti pengemis… Di situ, tangisan saya pecah… Sampai hati gurunya

Namun baru-baru ini, tindakan seorang pendidik yang mendenda muridnya ekoran ketidakmampuan untuk menghulurkan sumbangan SPP telah menerima kecaman ramai. Ibu kepada murid berkenaan, Puan Kamelia, kemudian nekad untuk datang ke sekolah dan bersemuka dengan guru kelas tersebut.

Dia nak pergi sekolah nangis… Anak macam ni kena tanggung malu

Sebagai seorang ibu, Puan Kamelia tidak dapat menahan kesedihan apabila melihat anaknya, Mahesa yang baru berusia 9 tahun, didenda bersila di atas lantai kelas kerana sudah 3 bulan tidak menyumbang derma kepada sekolah. Mahesa sempat mengadu bahawa dia merasa malu dan takut untuk pergi ke sekolah akibat masalah tersebut. Lebih mengejutkan, dia sudah tiga hari tidak dibenarkan duduk di atas kerusi semasa pembelajaran berlangsung.

Saya cakap dengan anak, “Sabar ya Nak, Mama belum ada duit”

Setelah ketegangan itu berlaku, Puan Kamelia segera dibawa untuk berjumpa dengan Kepala Guru (Guru Besar). Kepala Guru tersebut memberitahu bahawa pihaknya juga tidak mengetahui tentang tindakan guru kelas yang mengenakan denda sebegitu kepada murid.

Difahamkan, Mahesa bukan datang dari keluarga yang berada. Ibu dan ayahnya hanya bekerja sebagai buruh biasa dengan pendapatan yang tidak seberapa. Katanya, sumbangan yang perlu dibayar adalah berjumlah Rp60,000 (sekitar RM16.00+).

@topik_sumut MIRIS tak mampu bayar SPP, siswa di Kota Medan duduk di lantai. “Tanggal 6 Januari 2025 lalu, anak saya masuk sekolah. Tapi saya tidak tau kalau anak saya didudukkan di lantai kelas. Pada tanggal 7 Januari 2025, saya sudah izin kepada wali kelas, bahwa saya minta waktu sampai hari Rabu tanggal 8 Januari 2025 untuk membayar SPP,” ujar orangtua siswa. @bobbynst @prabowo @gerindra #topiksumut #viral #sumut #sumaterautara #kotamedan #murid #spp #bobbynasution #menteripendidikan #indonesia #nasional #fyp ♬ suara asli – Topik Sumut

Baca Lagi:
Hanya ada di Kelantan, Farmasi pertama di Malaysia buat laluan ‘Drive Thru’
Ramai datang Bukit Bintang sebab nak tengok Thalita, sekali DBKL yang untung besar
Rupanya ini sebab kenapa Pilot dan Co-Pilot tidak dibenarkan makan makanan yang sama ketika bertugas