Wanita mengaku hidup bahagia bersama madu, siap kongsi video kemas rumah bersama

Photo of author

By Syima Iza

Wanita mengaku hidup bahagia bersama madu, siap kongsi video kemas rumah bersama. Seorang wanita di Lubuklinggau, wilayah Sumatera Selatan berkongsi aktiviti hariannya membuat kerja rumah bersama madunya, sehingga menimbulkan rasa cemburu dalam kalangan netizen, lapor portal berita Wolipop kelmarin.

Berdasarkan video di laman TikTok, wanita dikenali sebagai Karlina itu memberitahu, dia dan isteri pertama tinggal serumah selama setahun.

“Sebagai isteri kedua yang tinggal serumah dengan isteri pertama, ini adalah aktiviti kami setiap hari. Membantu isteri pertama menguruskan rumah,” demikian menurut keterangan video tersebut.

Wanita mengaku hidup bahagia bersama madu, siap kongsi video kemas rumah bersama

Video itu memaparkan Karlina dan madunya menyelesaikan urusan harian di rumah seperti menjemur pakaian, mengelap lantai dan menjaga restoran.

“Siapa cakap tidak bahagia? Kami sentiasa bahagia. Alhamdulillah, sudah setahun tinggal bersama, namun tidak pernah bergaduh,” kata Karlina ketika menjawab tuduhan netizen bahawa hidupnya tidak bahagia.

Terdapat juga pengguna media sosial yang menganggap Karlina berbohong dengan mengatakan bahawa dia adalah anak kepada wanita berkenaan (isteri pertama).

“Benar, itu suami saya. Memang dia sudah berusia,” jawabnya.

@karlinaani98 #istrikedua #fyp ♬ Chopin Nocturne No. 2 Piano Mono – moshimo sound design

Video yang dimuat naik oleh Karlina menjadi tular dan menerima pelbagai komen.

“Kalau saya, lebih rela hidup sendiri. Banyak lagi cara untuk mengejar syurga selain berpoligami,” kata seorang netizen.

Baca Lagi:
10 jenis kereta paling banyak kena curi di Malaysia
Lelaki ini menang jackpot RM3 juta selepas dengar nasihat isteri, rupanya ini nasihatnya
Dimadukan dengan kawan sendiri, isteri sayu lihat suami makan kek bersuap atas pentas