Wanita menangis sebak lihat adik lelaki dipukul bekas isteri hingga mulut pecah, 2 hari tak makan.
Seorang wanita mendakwa adik lelakinya telah dipukul oleh bekas isterinya sehingga terpaksa menerima dua jahitan di bibirnya.
Menerusi perkongsian di TikTok, dirakamkan wanita tersebut menangis teresak-esak sambil memeluk adiknya selepas terkejut melihat keadaan adiknya selepas membuka topeng muka.
Difahamkan, insiden tersebut tercetus apabila adik lelakinya telah meminta kebenaran isterinya untuk memeriksa telefon bimbit kerana terdengar perbualan mesra isterinya dengan seseorang ketika itu. Tetapi isterinya enggan memberikan kerjasama sehinggalah berlakunya pergaduhan.
Mangsa kemudiannya mendakwa telah dipukul sebanyak 10 kali dengan menggunakan telefon bimbit sehingga pengsan.
Menurut kakak mangsa, pada awalnya mangsa tidak menceritakan kejadian itu kepadanya kerana sudah mengetahui reaksinya nanti.
“Keesokkan dalam tengah hari adik perempuan aku hubungi aku dan ceritakan tentang kejadian sambil tunjukkan gambar muka adik aku.
“Masa ni pandangan aku kosong (sambil pandang wajah adiknya). Aku tak boleh bila bab-bab adik beradik ni,” katanya.
Tambahnya lagi, isteri adiknya itu selalu meminta cerai disebabkan oleh kekangan ekonomi mereka sekeluarga tambahan pula adiknya hanya lah merupakan seorang despatch. Tetapi, dikatakan adiknya ada membuat kerja-kerja sampingan untuk menambahkan pendapatan.
Susulan insiden itu juga, satu laporan polis telah dibuat bagi tujuan keselamatan.
Suami yang mendakwa menjadi mangsa keganasan bekas isteri…video ini adalah dari sumber TikTok
.
-Mynewshub pic.twitter.com/oxV7iBP1N5— MYNEWSHUB (@mynewshub) July 11, 2023