Wanita menangis sampai bengkak mata tak sanggup lihat bekas kekasih berada di pelamin

Wanita menangis sampai bengkak mata tak sanggup lihat bekas kekasih berada di pelamin

Wanita menangis sampai bengkak mata tak sanggup lihat bekas kekasih berada di pelamin. Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan situasi seorang wanita menangis teresak-esak ketika menghadiri majlis perkahwinan bekas kekasihnya, lapor laman berita Liputan6 semalam.

Video yang dimuat naik dalam akaun Twitter @nkmthi_ itu berlatar belakangkan lagu kumpulan Armada bertajuk Harusnya Aku.

Ketika menyaksikan bekas kekasihnya berada di pelamin, wanita itu menangis sehingga matanya membengkak seperti baru sahaja ditumbuk.

Wanita menangis sampai bengkak mata tak sanggup lihat bekas kekasih berada di pelamin

Dia kelihatan ditenangkan oleh rakan-rakan yang hadir bersama ke majlis tersebut.

Rakaman itu mendapat perhatian netizen di ruangan komen.

“Sebenarnya orang di sekeliling yang membuatkan kita menangis, apabila dinasihatkan untuk bersabar, tangisan menjadi semakin kuat,” komen seorang netizen.

“Kenapa datang majlis kalau belum bersedia?” komen netizen lain.

Baca Lagi:
Suami curiga wajah anak mirip lelaki lain, sekali buat ujian DNA terkejut anak dari benih isteri curang dengan tuan rumah sewa
Lelaki ini beri makan anjing liar, roti siap sapu mentega cuit hati orang ramai
Mazda CX5 nyaris dihanyutkan air laut, pemandu tak sedar air sedang pasang
CATEGORIES