Wanita maut jatuh dari kondominium tingkat 23 disyaki ditolak teman lelaki

Wanita maut jatuh dari kondominium tingkat 23 disyaki ditolak teman lelaki

Seorang wanita maut jatuh dari tingkat 23 sebuah kondominium di Setia Alam di sini, dipercayai ditolak teman lelakinya dalam kejadian pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, laporan kejadian itu diterima pihaknya pada jam 10.02 malam.

“Siasatan pihak polis mendapati mangsa merupakan warganegara Thailand berumur 32 tahun dan tidak bekerja.

Wanita maut jatuh dari kondominium tingkat 23 disyaki ditolak teman lelaki

“Mangsa dan suspek yang juga lelaki tempatan berusia 37 tahun merupakan pasangan kekasih,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Beliau berkata, menurut saksi semasa kejadian terdengar pergaduhan antara mangsa dan suspek sebelum mendakwa melihat mangsa ditolak dari tingkat 23 dan jatuh ke tingkat tujuh kondominium tersebut.

Berikutan itu, kata Mohd Iqbal, pihaknya telah menahan suspek pada jam 10.10 malam di lokasi kejadian.

“Suspek yang bekerja sebagai pemandu lori mempunyai tujuh rekod jenayah dan satu rekod dadah.

“Hasil ujian saringan air kencing dapati suspek juga positif dadah jenis kanabis,” katanya.

Tambah beliau, suspek akan direman pagi ini di Makamah Shah Alam dan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Mana-mana individu yang mempunyai maklumat lanjut bolehlah menghubungi Pegawai Penyiasat Asistan Superintenden Muhammad Khairi Kamaruddin di talian 012-2666025,” katanya.

Baca Juga:
OKU melambung 3 meter dirempuh kereta potong tak lepas
Tidak semua orang tahu 4 jenis makanan ini ‘bahaya’ jika disimpan dalam peti sejuk
Bau kucing dari rumah, termasuk bau hancing dan bulu kucing boleh hilang dengan guna 7 cara ini!
CATEGORIES