Wanita lapor polis jiran tuang air kencing dalam kasut, lumur sos kicap pada pakaian

Wanita lapor polis jiran tuang air kencing dalam kasut, lumur sos kicap pada pakaian

Wanita lapor polis jiran tuang air kencing dalam kasut, lumur sos kicap pada pakaian.

Sebuah keluarga di blok pangsapuri Bukit Panjang, Singapura hidup resah sejak 2021 kerana mempunyai jiran yang sering mengganggu dan merosakkan harta benda mereka, lapor portal berita Mothership hari ini.

Menurut seorang anggota keluarga tersebut yang hanya mahu dikenali sebagai Nur, jiran mereka merupakan seorang warga emas.

Wanita yang tinggal berseorangan itu kerap melakukan perbuatan khianat dan pernah tular di media sosial kerana menuang air kencing di dalam kasut mereka.

Wanita lapor polis jiran tuang air kencing dalam kasut, lumur sos kicap pada pakaian

Terbaharu, wanita tersebut dikatakan menuang kicap pada pakaian yang disidai keluarga Nur sebanyak beberapa kali antara Jun 2022 hingga Ogos 2023.

“Selepas menghubungi polis, dia menafikan melakukan perbuatan itu meskipun saudara perempuan saya melihat tangannya dikeluarkan melalui tingkap untuk menuang sos kicap,” kata Nur.

Tambahnya, pada 7 September lalu, jiran tersebut ditangkap sedang menuang air sisa cucian cermin tingkap ke dalam kasut ahli keluarganya.

“Apabila polis mengetuk pintu rumahnya, dia enggan membuka pintu. Jadi, polis hanya berlalu begitu sahaja,” ujar Nur.

Sementara itu, menurut saudara lelaki Nur pula, wanita berkenaan mula mengganggu keluarga mereka sejak 2021 apabila dia meletakkan rak kasut arwah datuknya di luar unit kediaman itu.

Wanita tersebut tidak membenarkan rak itu diletakkan di situ kerana mendakwa ia memasuki kawasan rumahnya dan sejak itu, pelbagai perbuatan khianat dilakukan wanita berkenaan.

Antaranya adalah masuk ke rumah mereka secara tiba-tiba dan memarahi ibu Nur, menuang cat pada lantai hadapan rumah mereka, membuang pasu bunga milik mereka dan membiarkan sampah busuk di hadapan rumah.

Menurut Nur, keluarganya sudah membuat laporan polis dan aduan kepada majlis perbandaran.

Polis masih menyiasat kes tersebut.

Baca Lagi:
100 maut termasuk pengantin, majlis perkahwinan terbakar gara-gara bunga api
Wanita nak jadi ‘influencer’ kantoi curi baju, tudung rakan serumah..rupanya pencuri bersiri!
Harga internet akan diturunkan lagi – Timbalan Menteri
CATEGORIES