Wanita lahir anak di rumah sewa kekasih, buang di kedai ayam segar

Wanita lahir anak di rumah sewa kekasih, buang di kedai ayam segar

Sepasang kekasih ditahan hari ini bagi membantu siasatan kes penemuan bayi lelaki di sebuah kedai menjual ayam segar di Jabur Kubur, Jalan Air Putih, Chukai di sini kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, dua suspek masing-masing berusia 24 dan 21 tahun ditahan di lokasi berasingan pada pukul 11 pagi dan 3 petang tadi.

“Seorang gadis yang berada dalam keadaan mencurigakan ditahan dalam pemeriksaan dari rumah ke rumah di Kampung Jabur Kubur pada pukul 11 pagi tadi.

Wanita lahir anak di rumah sewa kekasih, buang di kedai ayam segar

“Hasil pemeriksaan terhadap telefon bimbit suspek menjumpai banyak gambar bayi lelaki mirip yang dibuang di kedai menjual ayam pada Sabtu lalu,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Kemaman di sini hari ini.

Kosmo! semalam melaporkan seorang bayi lelaki ditemukan dalam keadaan kesejukan di sebuah kedai menjual ayam. Siasatan awal mendapati gadis itu mengaku melahirkan bayi tersebut di rumah sewa kekasihnya pada 12 Mei lalu sebelum membuangnya kelmarin.

Beliau berkata, hasil maklumat itu kemudian membawa kepada penahanan pembantu kedai dipercayai kekasih gadis itu di bandar Chukai di sini pada pukul 3 petang tadi.

“Kedua-dua suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Kemaman di sini esok bagi permohonan reman. Kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan,” katanya.

Baca Juga:
Disangka mahu culik anak sendiri, wanita dibelasah orang ramai di tadika
Lelaki maut selepas kemaluan hampir putus dipotong teman wanita
Gadis pakai bikini jual durian ‘laku keras’
CATEGORIES