Wanita kutuk laksa Sarawak bau macam jamu ‘maajun’ dikecam orang ramai

Wanita kutuk laksa Sarawak bau macam jamu ‘maajun’ dikecam orang ramai

Seorang wanita dikecam gara-gara memberi komen jelik mengenai hidangan laksa Sarawak di media sosial.

Menerusi sebuah hantaran di Facebook, wanita tersebut dikritik hebat selepas mengatakan hidangan itu berbau seperti jamu.

Dalam hantaran itu, turut disertakan gambar seorang wanita menutup hidungnya semasa menjamah makanan tersebut.

Wanita kutuk laksa Sarawak bau macam jamu 'maajun' dikecam orang ramai

“Maaf orang Sarawak, kita bukan niat nak mengutuk nak tanya saja, memang laksa Sarawak bau macam jamu macam ni ke? Yang kita gelak teruk tu sebab member tu dah rasa kat hotel masa breakfast (sarapan), penat dia gelak tak boleh telan.

“Tapi kita pergi spring mall tu order (pesan) mi kari sampainya sama laksa Sarawak.. Sebiji macam jamu maajun tu. Tak tertelan tolak gitu saja RM15,” kata hantaran itu.

Tinjauan di ruang komen mendapati rata-rata pengguna mengecam tindakan wanita terbabit yang dikatakan menghina makanan.

“Rezeki jangan dibuat begini. Tak perlu nak makan sampai tutup hidung,” kata Fikrie.

“Saya pun tak berapa suka laksa Sarawak, tapi kalau tak suka jangan makan. Jangan buat rezeki macam tu. Kita tak tahu masa depan kita nanti macam mana,” kata Fieya.

“Kita ni biar tak berharta tetapi jangan tiada adab. Makan sambil tutup hidung, kamu ingat itu sampah ke?” kata Wati.

Carian Kosmo! di Facebook mendapati hantaran asal tersebut telah dipadam sementara akaun pengguna berkenaan turut dinyahaktifkan.

Baca Juga:
Geng bertopeng belanja ikan siakap free, penduduk Taman Medan beratur panjang
Dr Akmal ‘bantai’ JAIM biarkan 34 murid sekolah agama belajar atas lantai
‘Macam upacara membela’ – Lelaki kongsi amalan keluarganya yang pelik ketika pulang berhari raya
CATEGORIES