Wanita kongsi video suasana pasar pagi di India buat ramai terkejut.
Siapa yang tidak pernah ikut mak-mak ke pasar pagi untuk membeli barang dapur?
Kalau pernah, pasti sudah biasa dengan suasana pasar yang penuh dengan riuh-rendah. Peniaga sibuk menimbang barang, manakala pembeli tekun memilih barangan yang ingin dibeli.
Tetapi, pernahkah anda terfikir bagaimana suasana pasar pagi di negara lain? Adakah sama seperti pasar pagi di Malaysia?
Ramai ‘Terkejut’ dengan Pasar Pagi India
Baru-baru ini, seorang wanita bernama @aishahbudiman berkongsi video di TikTok yang memaparkan suasana pasar pagi di India.
Dalam video tersebut, dia membeli bahan masakan seperti cili hijau, tomato, dan kentang dengan harga yang sangat murah. Harga yang dibayar jauh lebih rendah berbanding di pasaran tempatan di Malaysia.
Sebagai contoh, cili hijau dan tomato dijual pada harga 10 rupee (sekitar 50 sen) sekilogram, manakala kentang pula hanya 25 rupee (RM1.20) sekilogram.
Lebih menarik, peniaga di sana sangat jujur dalam urusan jual beli. Mereka menjual barangan dengan harga yang sama kepada semua pelanggan tanpa ada istilah “kena tipu” atau harga istimewa.
@aishahbudiman Cili/tomato 1 kilo = 50 sen je tau!! Murah sangat. Rindu nak shopping buah/sayur kat sana lagi. Ps: Untuk elak salah faham, kat hujung video ni ada part kami tanya harga kentang dekat uncle, mula-mula dia jual 25, tiba2 tukar 30. So kami tanya balik, 25 ke? #india #rupee #shopping #pasar #pasarpagi #vlog ♬ original sound – aishahbudiman
Peniaga di pasar tersebut juga menggunakan dacing (alat penimbang tradisional) untuk menimbang barangan mereka, berbanding penimbang elektronik yang biasa kita lihat di pasar moden.
Satu lagi perkara menarik ialah pembeli di pasar pagi India perlu membawa beg sendiri kerana penggunaan plastik telah diharamkan di sana.
Reaksi Orang Ramai
Perkongsian video tersebut menarik perhatian ramai, termasuk warga Malaysia, yang kagum dengan suasana pasar pagi di India.
Berikut adalah beberapa komen mereka:
- “Dia susun bawang macam susun epal.”
- “Kalau nak beli barang dapur, kena pergi India ni.”
- “Kalau mak aku datang pasar ni, mesti sampai 20kg dia membeli.”
- “Aku harap aku ada pintu ajaib Doraemon. Kalau nak beli sayur, pergi saja India.”
Dengan harga murah dan kejujuran peniaga, suasana pasar pagi India nyata meninggalkan kesan mendalam kepada mereka yang menontonnya.