Wanita kongsi suasana kenduri kahwin di kampung macam ‘pasar malam’ curi tumpuan ramai

Wanita kongsi suasana kenduri kahwin di kampung macam ‘pasar malam’ curi tumpuan ramai

Wanita kongsi suasana kenduri kahwin di kampung macam ‘pasar malam’ curi tumpuan ramai. Sebagai tuan rumah, mesti akan rasa bimbang kalau tiba-tiba lauk kenduri kita tak cukup betul tak?

Bila lauk tak cukup, mulalah cari ikhtiar lain seperti tapau makanan dan sebagainya. Iyalah, tetamu ada yang datang dari jauh. Jadi serba salah jika tetamu datang tapi tak dapat makanan.

Sebab itu kalau buat kenduri, kena pastikan bilangan jemputan dan kuantiti makanan mencukupi. Biar lauk lebih tak apa, asalkan perut tetamu tak kosong lepas pulang dari kenduri.

Wanita Kongsi Suasana Kenduri Kahwin Di Kampung Macam 'Pasar Malam' curi tumpuan ramai

Namun, lain pula dengan sebuah video yang tular baru-baru ini apabila seorang wanita berkongsi kenduri kahwin meriah dengan makanan seperti pasar malam telah mencuri tumpuan ramai.

Macam pasar malam, tapi kali ini makanan semua free

Menerusi video berkenaan, kelihatan wanita itu berada di sebuah kenduri kahwin di Kuala Ketil, Kedah.

@aini_naz Bukan semua tempat ada kenduri meriah macam ni. #kendurikahwinmelayu #kedahdarulaman ♬ zapin melayu – αLαɳ tMg

Apa yang membuatkan dia berasa teruja apabila tetamu yang hadir ke kenduri kahwin itu dihidangkan dengan pelbagai jenis makanan. Situasi itu seolah-olah seperti berada di pasar malam.

Malah, di ruangan komen ibu saudara kepada tuan rumah ini berkata, kesemua makanan itu adalah makanan sponsor daripada orang-orang kampung disitu.

“Ini biasanya orang kampung sponsor, nanti bergilir lah. Meriah macam ni” – Netizen

@aini_nazPilih ja guys.♬ suara asli – 🎧Suke Dhana🎧

Susulan tularnya video berkenaan, kini ia telah meraih sebanyak 230.4K views, 13.1K likes dan 343 comments di TikTok.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut teruja melihat kemeriahan kenduri itu dan memberikan pelbagai reaksi masing-masing.

Baca Lagi:
Ahli perniagaan Arab Saudi sanggup bayar lebih RM11 juta untuk jumpa Ronaldo dan Messi
Penyanyi K-pop terkenal Korea peluk Islam, tunai umrah
Kami tidak dijemput bersama dalam lawatan kerja PM – Exco
CATEGORIES