Wanita kongsi pengalaman ngeri jumpa kamera pengintip dalam bilik air inap desa

Wanita kongsi pengalaman ngeri jumpa kamera pengintip dalam bilik air inap desa

Wanita kongsi pengalaman ngeri jumpa kamera pengintip dalam bilik air inap desa.

Polis mengesahkan menerima laporan daripada seorang wanita berhubung penemuan kamera kecil tersembunyi di dalam bilik air sebuah inap desa di Jelutong, di sini seperti yang tular di media sosial sejak Jumaat.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Razlam Ab Hamid berkata, kejadian berlaku pada Selasa lalu apabila pengadu berusia 24 tahun menemui kamera itu dikatakan disorokkan dalam sebuah bekas pewangi tandas di dalam bilik air inap desa terbabit.

Wanita kongsi pengalaman ngeri jumpa kamera pengintip dalam bilik air inap desa

Menurutnya, wanita yang masih menuntut di sebuah institusi pengajian tinggi bersama tiga orang rakannya mendaftar masuk di inap desa itu pada Isnin untuk bercuti dan menemui kamera berkenaan sehari kemudian.

“Polis ingin mengesahkan kita telah menerima laporan mengenai kejadian ini dan kes di siasat dibawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan kerana mengaibkan kehormatan seseorang.

“Kini kita akan menyiasat kes ini dari pelbagai sudut kerana hasil pemeriksaan awal terhadap kamera terbabit mendapati tiada sebarang imej atau video yang terdapat dalam storan kamera terbabit,” katanya dalam kenyataan di sini, pada Sabtu.

Dalam pada itu, Razlam turut menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi mengenai kes ini sehingga boleh menjejaskan siasatan polis.

Sebelum ini tular di media sosial mengenai perkongsian pengalaman ngeri wanita terbabit yang menemui sebuah kamera pengintip yang disorokkan dalam bekas pewangi tandas.

Susulan itu, beliau bersama rakannya tidak dapat tidur sepanjang malam disebabkan trauma dengan insiden tersebut.

Lebih teruk lagi, insiden itu telah menghantui pemikiran mereka dan emosi kerana bimbang akan diaibkan melalui imej dan video yang dirakam kamera terbabit.

Baca Juga:
Wanita beristighfar terkejut lihat pontianak terkena renjatan ekektrik sampai meletup
54 tahun setia menanti, isteri menangis dipangkuan dapat tahu suami kahwin lain
Anggota polis tolak ‘wang kopi’ dari pemandu wanita dapat pujian orang ramai
CATEGORIES