Wanita kongsi pengalaman berjiran dengan Farid Kamil, ada kisah yang ramai tak tahu.
Jiran kepada Farid Kamil yang mahu dikenali sebagai Noraini memberitahu dia mengetahui kediaman aktor tersebut akan dilelong seperti yang tular di media sosial.
Menurut Noraini, atau nama sebenarnya Noraini Abdullah, 80, aktor berkenaan tidak lagi menetap di rumah itu sejak tiga tahun lalu dan kini rumah tersebut dihuni oleh penyewa.
“Saya sudah tinggal 12 tahun di kawasan ini dan tiada berlaku sebarang masalah. Jiran semuanya baik-baik saja dan di depan rumah saya adalah rumah Farid Kamil. Dulu dia tinggal di sini, tapi sekarang tidak lagi.
“Sudah lama saya tak jumpa dengan dia sejak ada kes sebelum ini, jadi dia memang sudah tidak datang sini lagi dan sekarang ini ada penyewa baru,” kata Noraini kepada mStar.
Dalam pada itu, Noraini memberitahu bahawa hubungannya dengan Farid dan Diana sangat baik sehinggalah pasangan pelakon itu membuat keputusan untuk berpindah sejak tiga tahun lalu.
“Farid sangat baik dan isterinya Diana pun sangat baik. Anak lelaki mereka pun baik saja dengan saya sebab mereka tinggal di sini lama juga dulu,” ujarnya.
Sementara itu, ejen hartanah yang dihubungi mengesahkan lelongan kediaman itu ditarik semula memandangkan pemilik mahu menyelesaikan bayaran tertunggak.