Wanita kongsi detik cemas hampir hilang nyawa akibat makan ‘donut peach’ viral

Photo of author

By Syima Iza

Wanita kongsi detik cemas hampir hilang nyawa akibat makan ‘donut peach’ viral.

Seorang wanita berkongsi detik cemas apabila dia dikatakan hampir kehilangan nyawa selepas 15 minit memakan buah ‘donut peach’ yang tular ketika ini.

Menceritakan pengalaman itu, pemilik akaun TikTok @sherynaa02 berkata, secara tiba-tiba perutnya berasa sebu dan mengalami muntah serta seluruh badannya muncul bintik-bintik merah yang gatal.

Wanita kongsi detik cemas hampir hilang nyawa akibat makan 'donut peach' viral

“Donut peach viral dalam kenangan, sekali makan hampir hilang nyawa. Tak semua orang boleh makan dan orang itu adalah aku.

“Sekali makan dalam 15 minit terus sebu, muntah-muntah, naik bijik gatal-gatal terus kena pergi kecemasan (hospital), kena inject (suntik) baru jadi manusia balik.

“Kalau tak inject (suntik) macam beruk sebab garu,” kongsinya menerusi video yang dimuat naik semalam.

Menurut wanita itu, dia tidak mengetahui mempunyai alahan terhadap buah tersebut.

@sherynaaa02 Tak semua orang boleh makan , orang itu adalah aku 😭 sekali makan , dalam 15 minit , sebu muntah2 , naik biji2 gatal2 😥 terus kena gi emergency , kena inject baru jadi manusia balik 😢 kalau tak inject macam beruk weh dok garu2 😓 ini pengalaman aku makan buah viral , berbaki lagi 3 biji aku nak suruh laki aku ja la makan 😑 sekian luahan dari aku , byeee #donutpeachviral #elergikalahan #emergencycases ♬ suara asli – 𝙁en 𝘽kan 𝙎ad𝘽oy🎭

Perkongsian wanita itu mendapat perhatian ramai dan ada juga pengguna lain berkongsi pengalaman hampir sama apabila mengalami sesak nafas serta muntah selepas menikmati buah tular tersebut.

“Saya pun pernah makan, terjebak juga beli sebab viral di TikTok, tiba-tiba jadi sesak nafas, muntah-muntah. Pergi hospital doktor kata buah ini ada kandungan yang tak sesuai kepada semua orang, lagi-lagi yang ada alahan pada kulit atau asma,” kongsi seorang pengguna.

“Baru lepas makan tadi (semalam) tiba-tiba mulut dengan bibir rasa kebas, tak lama lepas itu baru okey,” kata @narcs

Baca Lagi:
Bapa berang pelanggan tendang anak perempuan kerana jual umpan mahal, hanya RM8 jer pun!
Hampir 20 tahun berniaga nasi ayam RM1.90, peniaga di Besut dikecam selepas naikkan harga nasi ayam RM3
Kecoh! Warga asing naik 3 buah kereta bawa kayu hoki masuk kedai, perempuan siap menjerit