Wanita koma lima hari selepas warnakan rambut, doktor terpaksa cukur rambut untuk selamatkan nyawa

Wanita koma lima hari selepas warnakan rambut, doktor terpaksa cukur rambut untuk selamatkan nyawa

Wanita koma lima hari selepas warnakan rambut, doktor terpaksa cukur rambut untuk selamatkan nyawa.

Seorang wanita berusia 60 tahun di Huinan, bandar Changsha mengalami reaksi alahan teruk selepas mewarnakan rambut di salon, lapor laman berita Thaiger semalam.

Empat jam selepas berdandan di salon kecantikan itu, dia mengalami kesukaran bernafas dan dikejarkan ke hospital.

Wanita koma lima hari selepas warnakan rambut, doktor terpaksa cukur rambut untuk selamatkan nyawa

gambar hiasan

Selepas dimasukkan ke unit kecemasan, wanita itu dipakaikan alat ventilator dan koma selama lima hari.

Doktor mengaitkan tindak balas alahan itu dengan bahan kimia dalam pewarna rambut tersebut.

Selepas mendapat persetujuan keluargan, doktor memutuskan untuk mencukur rambut wanita tersebut untuk menyelamatkan nyawanya sebelum keadaannya beransur pulih.

Wanita koma lima hari selepas warnakan rambut, doktor terpaksa cukur rambut untuk selamatkan nyawa

Keradangan salur pernafasan pesakit juga berkurangan manakala sistem pernafasannya mula berfungsi secara normal.

Selepas tindak balas alahan itu hilang, dia dibenarkan keluar dari hospital.

Doktor mengesyorkan orang ramai memilih pewarna rambut yang diperakui berkualiti dan ramuanya disenaraikan.

Baca Lagi:
Wanita terkejut 24 biji telur bertukar jadi separuh masak lepas tertinggal dalam kereta
Rakyat Malaysia gaduh dengan rakyat Indonesia sebab menu Patin Tempoyak, rupanya bukan asal dari negeri Pahang?
Budak tular menggigil ketakutan selepas rumahnya dibom ketika sedang tidur masih hidup
CATEGORIES