Wanita kena tikam dengan gunting selepas ‘kantoi’ mesej dengan lelaki lain

Wanita kena tikam dengan gunting selepas ‘kantoi’ mesej dengan lelaki lain

Wanita kena tikam dengan gunting selepas ‘kantoi’ mesej dengan lelaki lain. Gara-gara cemburu, seorang lelaki dari Pattaya, Thailand bertindak menikam leher teman wanitanya menggunakan gunting di hadapan anak lelaki mereka, lapor portal berita Thaiger semalam.

Kejadian tersebut berlaku selepas lelaki tersebut menjadi marah apabila mendapat tahu kekasihnya itu menghantar pesanan ringkas kepada lelaki lain di mukim Nong Prue, daerah Bang Lamung.

Polis dan anggota penyelamat bergegas ke apartmen pasangan itu. Mangsa yang hanya dikenali sebagai An, 36, mempunyai kesan tikaman di lehernya berhampiran telinga kanannya.

Wanita kena tikam dengan gunting selepas 'kantoi' mesej dengan lelaki lain

Mereka turut menemui kesan darah dan tanda-tanda pergelutan di apartmen itu, namun suspek, Mos, 37, tidak mengalami sebarang kecederaan. Dia kemudian ditahan polis.

Menurut portal berita The Pattaya News, polis diberitahu bahawa suspek menjadi marah selepas ‘menangkap’ mangsa menghantar mesej kepada lelaki lain lalu menikam lehernya menggunakan gunting.

Bagaimanapun, suspek mendakwa dia hanya berniat untuk menakutkan mangsa dengan gunting tetapi secara tidak sengaja menikam wanita itu semasa berlakunya pergelutan pada Isnin lalu.

Anak lelaki pasangan itu yang berusia 14 tahun turut berada di situ semasa kejadian tetapi bertindak berlari keluar dari bilik untuk meminta bantuan polis.

Baca Lagi:
Lelaki kerat zakar sendiri guna sabit selepas dituduh amang seksual terhadap kanak-kanak
Selepas tular 2 biji tomato dijual dengan harga RM9, peniaga kedai runcit akui tersilap kira
Tular anggota polis trafik mengantuk terhoyong-hayang semasa bertugas jadi bualan netizen
CATEGORIES