Wanita kecewa peniaga bazar Ramadan di Kuantan jual karipap berlendir dan berkulat

Photo of author

By Syima Iza

Wanita kecewa peniaga bazar Ramadan di Kuantan jual karipap berlendir dan berkulat. Bazar Ramadan antara lokasi yang sering menjadi tumpuan setiap kali tibanya bulan puasa.

Malah di bazar Ramadan jugalah kita dapat mencari makanan serta kuih-muih yang sukar untuk didapati pada hari biasa dan secara tidak langsung dapat membantu para peniaga untuk menjana pendapatan.

Namun dalam keseronokan menjual beli di bazar Ramadan, terdapat segelintir peniaga yang bersikap sambil lewa apabila menjual makanan atau minuman yang sudah tidak elok kepada pembeli.

Wanita kecewa peniaga bazar Ramadan di Kuantan jual karipap berlendir dan berkulat

Beli karipap inti yang sudah tak elok dan berbau busuk
Perkara sama turut berlaku kepada seorang wanita apabila kuih karipap yang dibelinya dari sebuah bazar Ramadan di Kuantan sudah tidak elok dan mempunyai bau yang busuk.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Emma Razali di grup Facebook Warga Kuantan Official dia menyatakan kebiasaanya dia hanya melihat orang lain yang terkena namun tidak sangka kini gilirannya pula apabila membeli karipap yang sudah berkulat.

“Hari ni saya ada beli dua paket karipap, tapi karipap yang dah berkulat.

“Mak dan kakak saya dah termakan sekali gigit, kakak yang beritahu karipap itu rasa pahit dan apabila dibuka terkejut mendapati inti sudah berkulat. Kulit karipap pun berminyak macam dah banyak kali goreng.

“Bila dibuka satu-satu karipapnya, memang semua inti berkulat dengan pakej bau sampah!” tulisnya.

Karipap berlendir dan sudah berkulat

Menurut Emma, ini adalah pertama kali dalam hidupnya membeli makanan seteruk itu malah turut menyifatkan kuih tradisional tersebut bukan hanya berlendir dan rasa masam atau basi tetapi sudah berkulat serta mendakwa ia mungkin digoreng semula berulang kali.

“Bukan setakat berlendir dan rasa masam atau basi, tapi ni dah sampai tahap berkulat macam dah tiga ke empat hari punya karipap yang tak habis tapi digoreng semula.

Wanita kecewa peniaga bazar Ramadan di Kuantan jual karipap berlendir dan berkulat

“Bayangkan kalau makanan sampah macam ni dimakan kanak-kanak atau ibu mengandung, berbaloi ke dengan untung jualan karipap tu menyebabkan orang lain sengsara keracunan makanan?” soal Emma.

Katanya, peniaga perlulah ikhlas selain perlu bertanggungjawab dengan apa yang dijual oleh mereka.

Minta orang ramai nilai karipap sendiri
Dia dalam masa sama turut meminta orang ramai untuk menilai sendiri kualiti kuih yang dibeli dengan harga RM3.50 (sebekas) menerusi gambar yang disertakan.

Tambahnya lagi, dia bukanlah seorang yang suka untuk menularkan sesuatu perkara tetapi menyifatkan sikap penjual menjaja makanan sudah tercemar adalah melampau dan tidak boleh diterima akal.

“Esok saya akan datang sendiri berjumpa penjual kuih tersebut dan bawa karipap kulat ni untuk dia nilai sendiri tahap kualiti makanan yang dijual, harap jangan tutup gerai pula ya.”

Melihat di ruangan komen ramai menyifatkan karipap sudah tercemar itu sangat bahaya kerana boleh mengakibatkan keracunan makanan kepada pelanggan.

“Kalau begini keadaanya memang patut viral supaya orang lain tak terkena..”

Wanita kecewa peniaga bazar Ramadan di Kuantan jual karipap berlendir dan berkulat

Baca Lagi:
Tunang lesap bersama wang RM58,000, wanita minta bantuan netizen
Peniaga sorok lauk dan nasi dalam jamban untuk dijual kepada geng plastik hitam
Pelajar menangis kena ‘pulau’ dengan rakan sekelas kerana bercakap bahasa Inggeris