
Wanita kaya jatuh cinta dengan mekanik selepas baiki tayar kereta pancit
Wanita kaya jatuh cinta dengan mekanik selepas baiki tayar kereta pancit. Seorang wanita kaya di Pakistan tidak menyangka insiden tayar keretanya pancit akan menjadi titik pertemuan dengan seorang mekanik sehingga mereka mengikat tali pertunangan, lapor saluran berita News 18 semalam.
Dalam satu temu bual bersama pesohor YouTube, Syed Basit Ali, wanita dikenali sebagai Ayesha itu berkata, dia jatuh cinta dengan tunangnya, Jisen, selepas lelaki itu membaiki tayar keretanya yang pancit ketika dia sedang dalam perjalanan ke satu tempat.
Menurut wanita berasal dari sebuah keluarga kaya-raya di Pakistan itu, selepas pertama kali mengenali Jisen, dia sengaja memancitkan tayar keretanya sebagai alasan untuk menemui lelaki tersebut.

Gambar hiasan
Ujar Ayesha, dia mengagumi sikap Jisen yang sangat rajin membantu serta membuatkan wanita tersebut berasa selesa termasuk dengan memesan teh untuknya ketika berada di bengkel kereta.
Disebabkan kagum dengan semua usaha yang ditunjukkan Jisen, Ayesha mula tertarik kepada lelaki itu, lantas berulang kali sengaja memancitkan tayar keretanya agar dia dapat bertemu Jisen.

Ayesha menyayangi Jisen tanpa mengambil kira pekerjaannya. – YouTube