Wanita ‘kantoi’ selamba rakam filem dalam wayang siap tayang TikTok

Photo of author

By Syima Iza

Wanita ‘kantoi’ selamba rakam filem dalam wayang siap tayang TikTok. Tindakan seorang wanita yang merakam filem dalam sebuah panggung wayang mengundang kecaman warganet di laman media.

Dalam sebuah rakaman tular berdurasi 54 saat, video itu memaparkan sikap angkuh wanita berkenaan yang dilihat enggan mengaku salah selepas perbuatannya tertangkap oleh kakitangan wayang.

Ketika ditanya soal kesalahan yang dilakukan, wanita berkenaan enggan mengaku salah sebaliknya terus berdegil untuk tidak memadam rakaman yang diambil seperti yang diarahkan.

Wanita 'kantoi' selamba rakam filem dalam wayang siap tayang TikTok

“Kenapa pula tak boleh rakam, ini hak saya, saya dah bayar,” antara kenyataan wanita itu terhadap pekerja pawagam tersebut sebaik diminta untuk berhenti merakam.

Lokasi dan masa sebenar kejadian begitupun masih belum dikenal pasti.

Dalam pada itu, tinjauan di laman TikTok mendapati bahawa individu wanita tersebut sebenarnya sudah lama menjalankan kegiatan haram itu.

Beberapa video yang dimuat naik di laman TikTok peribadinya menyaksikan koleksi rakaman dalam panggung wayang yang pernah diambil sebelum ini dan lebih memilukan nasihat warganet di ruangan komen langsung tidak diendahkan oleh si pelaku.

“Kita bayar untuk tiket je bukan untuk hak cipta, jadi lebih baik berhenti rakam dalam wayang kalau tak susah nanti,” kata Purba Warrior.
“Memang akan kena saman la nanti, berapa banyak video filem yang dia dah rakam, langsung takda rasa takut ke apa,” ujar Azri Rafiudin.
“Tolong lah pihak panggung wayang ambil tindakan segera, kalau tak lebih banyak la filem yang dia rakam kesian penggiat seni semua takda untung pun buat filem,” tambah Nazifah Ajwa.

Penonton yang mencuba untuk merakam tayangan filem tanpa kebenaran boleh didakwa dengan kesalahan di bawah Seksyen 43A, Anti Rakaman Kamera Akta Hakcipta 1987.

Si pelaku boleh dikenakan denda tidak kurang dan tidak lebih dari RM50,000 atau dipenjarakan tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali.

Manakala bagi mereka yang melakukan curi rakam secara keseluruhan tayangan tanpa kebenaran di pawagam pula boleh didenda tidak kurang RM10,000 dan tidak melebihi RM100,000 atau dipenjarakan tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Setakat ini belum ada sebarang laporan daripada pihak polis dan pihak pawagam juga belum mengambil tindakan susulan kejadian itu.

Baca Lagi:
Lelaki Myanmar toreh bibir peniaga kedai runcit
“Kalau tak saya mungkin mati” – Wanita luah rasa syukur dibantu pelajar tahfiz
Wanita ini kongsi kisah sedih dicerai 4 hari sebelum birthday angkara orang ketiga