Wanita kantoi curi rantai leher budak dirakam, ‘rantai tak dapat, gelang besi yang dapat’

Wanita kantoi curi rantai leher budak dirakam, ‘rantai tak dapat, gelang besi yang dapat’

Wanita kantoi curi rantai leher budak dirakam, ‘rantai tak dapat, gelang besi yang dapat’

Taktik seorang wanita mencuri rantai leher kanak-kanak di tapak Karnival Jom Heboh di Stadium Seksyen 13 di sini, terbongkar selepas tindakannya dirakam pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, rakaman video mengenai tindakan suspek itu telah tular di media sosial.

Katanya, dalam kejadian kira-kira jam 5.40 petang, suspek telah mengambil rantai leher seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun dengan cara memotong dengan sesuatu objek dan menarik rantai leher itu.

Wanita kantoi curi rantai leher budak dirakam, 'rantai tak dapat, gelang besi yang dapat'

“Tindakan suspek itu telah dirakam ibu saudara kanak-kanak itu.

“Sejurus selepas kejadian suspek wanita tempatan berusia 35 tahun berjaya ditangkap di lokasi terbabit berdasarkan rakaman video terbabit,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

@_cheykaa Peringatan untuk saya & orang lain .. hati hati yang pakai gelang emas atau rantai emas .. sekarang kes macam ni dah banyak berlaku , saya kena dekat jom heboh shah alam .. anak buah saya pakai baju warna hitam , makcik belakang potong rantai terus hilang #kesragut #ragut #jomheboh #fyp #viral #shahalam #ipdshahalam #polisshahalam ♬ original sound – ♡ 〽️乇 𝓛 ♡

Tambahnya, satu laporan polis juga telah dibuat pada jam 8.09 malam hari yang sama sejurus selepas kejadian curi itu.

Beliau berkata, suspek yang mempunyai enam rekod lampau bersabit kes curi telah direman tiga hari sehingga Selasa depan untuk siasatan di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan.

“Sebarang maklumat lanjut berhubung kes ini boleh disalurkan kepada Pegawai Penyiasat kes Sarjan Mohd Norazizi Samsuri di talian 014-9472881,” ujarnya.

@_cheykaa Replying to @Nabilaa_🧚🏻‍♀️ ♬ Ngakak – Mas Gombal

Baca Lagi:
Lelaki ini simpan duit dalam tempayan selama 8 tahun cecah RM25,000
Pemandu e-hailing dirakam asyik usap kemaluan ketika bawa penumpang
Hanya kerana cheeseburger, pekerja McDonald’s ditengking di khalayak ramai
CATEGORIES