Wanita ‘kantoi’ ajar anak mencuri dikecam netizen.
Seorang wanita meluahkan rasa kecewa apabila bungkusan barang yang sepatutnya diterima hanya tinggal plastik pembungkus.
Menerusi rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) yang dimuat naik di TikTok oleh Ona Ismail, rakaman itu memaparkan seorang kanak-kanak mengambil bungkusan barang tersebut dan menyerahkannya kepada suspek yang menunggu di kawasan parkir.
Namun, mangsa berjaya menghubungi suspek untuk mendapatkan penjelasan. Pada mulanya, suspek menafikan tuduhan itu.
Selepas bukti rakaman CCTV yang jelas ditunjukkan, suspek akhirnya mengaku mengambil barang tersebut dan mendakwa telah menggunakan barang itu.
Netizen turut mengecam tindakan tidak bertanggungjawab tersebut dan menyeru orang ramai supaya tidak membiarkan kanak-kanak terlibat dalam perbuatan jenayah.
“Patut buat laporan ini, kalau lepas ini nanti dia buat dekat barang-barang orang lain, dia ajar anak-anak dia buat benda itu,” kata AziraSoffiya.
“Kasihannya lihat anak-anak dia. Yang kecil tu dengan tak pakai selipar,” ujar Mamaadam.
@ehhonaa_ aku geram tengok cara dia😌 sakit hatiku😅 siap bukak parcel terus tu. aku balik dapat plastik je😅😅😅 #ampangprobl⚡️em ♬ Funny funny weird – MrM